Terima kasih dan Selamat Tinggal

Assalamualaikum,

Jemari Seni Sdn Bhd dan JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn Bhd akan menghentikan operasi bermula 22 Dis 2018. Terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Kami mohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan. Sila ke Facebook Jemari Seni untuk sebarang pertanyaan atau berita terkini. Terima kasih.

Jemari Seni

Poster Web JS 2 1

Terima Kasih

Web Terima Kasih

 
 
 
 
You are here:: Penulis Hlovate
 
 

Hlovate

HANYA INGIN DIKENALI dengan nama Hlovate. Cerita pertama yang ditulisnya ialah GreaTroublemaker_i, ketika menuntut di tingkatan 3. Menulis baginya adalah satu cara untuk berkongsi dan meluahkan rasa.

Antara kata-kata Hlovate:
"... menulis bukan sebab aku nak cipta dunia fantasi. Hanya contengkan apa yang nak dikongsi dengan orang lain tentang apa yang diketahui. Aku tak banyak ilmu. Aku cuma tau kisah hidup ~ aku, famili aku, kengkawan aku dan orang keliling aku. Dunia ni 'classroom' yang paling besar dengan Allah sebagai 'Teacher the Almighty'. Aku banyak belajar dengan tu. Aku tak pandai tulis bahasa bunga-bunga untuk harukan hati orang. Aku 'just' tulis apa yang aku rasa dan nak orang rasa. Tapi macam kata kawan aku, 'everything needs commercial value and attraction force'; maka aku pun 'draw' je cerita tu ikut 'taste' orang yang nak baca, tapi dengan 'core' yang aku ada sebagai 'basic color', nak 'share' dan bercerita rasa dengan orang bukan senang."

Katanya lagi:
"Aku tak pandai melukis, jadi aku tak boleh 'draw n paint' perasaan aku
 Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku
 Aku tak ada 'art n skill', maka aku tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding... dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis... aku tau 'throw out n spill' je..."


e-Karya Hlovate boleh ditemui di: 
   
http://hlovate.blogdrive.com
    http://hlovatehikayat.blogdrive.com
    http://hlovatulis.blogdrive.com
    http://hlovatalk.blogdrive.com

e-Karya yang telah siap: 
    GreaTroublemaker_i
    GT_i'm a senior
    GT_i[I'm outta teens]
    Versus
    Ked's Story
    5 Tahun 5 Bulan
    A Moment [Atuk] - cerpen
    Schubert's Serenade

e-Karya yang masih dalam pembikinan: 
    Rooftop Rant
    Anthem
    Creep~Street Symphony

Buku, muzik, kata-kata, alam dan hujan adalah kegemaran Hlovate. Berasal dan menetap di Perak. Hlovate kini sedang menuntut di luar negara. Hlovate boleh dihubungi melalui e-mel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

... less is more... 

CATATAN
Hlovate: Penulis yang ada gaya yang tersendiri dalam mengungkap dan berkongsi rasanya dengan pembaca ~ Noor Suraya.