Manjlara

MANJLARA atau nama sebenarnya Shuhaida bt Kamis dilahirkan di Parit Buntar, Perak. Telah berkeluarga dan dikurniakan tiga cahaya mata. Memulakan tugas sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya sebaik saja menamatkan pengajiannya dalam bidang kesetiausahaan di Bedford's Girls College pada tahun 1992. Mula menyuburkan minat menulis sejak bergelar suri rumah sepenuh masa pada tahun 2007.

Minat membaca novel tempatan sejak berusia dua belas tahun lagi. Novel pertama yang dibacanya ialah Tempat Jatuh Lagi Dikenang karya Adibah Amin. Persis Sebutir Pasir yang dulunya dikenali sebagai Mungkir Bahagia adalah karya pertamanya yang turut dikongsi untuk tatapan umum secara bersiri di weblog dan sebuah forum anjuran Yahoo (Relexjap). Mendapat ilham menulis melalui hasil pembacaan, pengalaman teman-teman dan lirik lagu.

Kata Manjlara lagi, menulis baginya adalah salah satu bentuk perkongsian, cabang komunikasi dan terapi minda yang sangat efektif dan mujarab. Pun begitu, beliau masih merasakan bahawa karya sulung beliau ini masih mentah dan masih belum layak untuk duduk sebaris dengan karya-karya penulis tempatan yang lain.

Kata-kata yang menjadi kuncinya selama ini... "Bacalah seribu buku, untuk menulis sebuah buku..."

http://manjlara01.blogspot.com

You are here: Penulis JS Manjlara