JS Novel

Adileah

Bermula dengan contengan sajak yang entah apa-apa di muka surat pertama setiap buku rujukan sekolah (oh nakalnya saya ketika itu), kemudian kawan-kawan rapat meminta saya untuk menconteng pula buku rujukan mereka (seronok tahu masa tu sebab bukan senang dapat conteng buku orang).

Daripada rasa seronok ketika menerima ‘A’ dalam setiap karangan Bahasa Melayu, saya mengorak langkah menyediakan teks pidato. Tetapi itulah, penulis tu ada yang tidak pandai mengeluarkan kata-kata secara verbal, jadi saya digantikan oleh orang lain. Kini tahulah saya, saya memang tidak bijak berkata-kata secara verbal tetapi saya boleh berkata-kata dalam tulisan.

Daripada sekadar untuk mengisi ruang waktu akhirnya ia bukan sekadar contengan tetapi ianya telah menjadi sebuah novel. Jadi terimalah saya dalam industri penulisan ini yang penuh corak dan warna warni.

Dari sudut hati saya:-

Kritiklah saya, agar saya bisa menulis lagi.

Hentamlah saya, agar saya bisa bangun kembali.

Pujilah saya, agar saya bisa tersenyum.

Tegurlah saya, agar saya bisa terjaga dari lena.

http://adileah.blogdrive.com/

Ahmad Safarman

Saya ni seorang guru yang mengajar di sekolah Cina di daerah Hulu Perak. Menjadi satu-satunya guru Melayu di sekolah Cina membuatkan kehidupan saya agak sedikit berlainan kerana rata-rata kawan saya adalah dari kaum Cina. Dalam hal ini, saya dapat mengetahui serba sedikit adat resam mereka sehinggalah terlahirnya novel Nasi Lemak Ikan Pekasam yang bertemakan satu Malaysia.

Walaupun sudah tiga tahun menyewa bilik di sebuah masjid, saya tidak menjadikan aktiviti menulis sebagai sesuatu yang menghalang. Duduk di dalam masjid membuatkan saya dekatkan diri dengan Allah. Inilah peluang saya mengumpul pahala. Pernahkah anda dengar ada guru tinggal di dalam masjid? Mungkin ada mungkin tidak, tapi sayalah salah seorang.

Seperti yang ramai maklum, kerjaya guru hari ini sangat mencabar dan beban kerja yang ditanggung guru juga tidak terhitung. Apa pun, kelakuan murid-murid dan masyarakat sekitar menjadi pencetus idea untuk berkarya. Dan saya menulis sekadar mengisi masa lapang.

Selamat berkenalan dengan novel saya. Andai ada kekurangan dalam novel saya itu harap dimaafkan dan andai ada apa-apa kritikan dipersilakan.

 

 

Aidah Bakri

Aidah Bakri... hanyalah nama kecil yang biasa-biasa sahaja. Lahir di sebuah kampung kecil di Daerah Pontian. Mendapat pendidikan sekolah rendah hingga ke sekolah menengah... juga di sekolah biasa. Belajar di aliran Sains sehinggalah opsyen yang diberi untuk memasuki maktab perguruan, juga opsyen Sains.

Terjebak dalam dunia penulisan... saya sebenarnya memang suka menulis, merapu dan mencoret apa sahaja yang terlintas di fikiran hatta sewaktu pensyarah sedang memberi kuliah pun masih sempat berbalas coretan dengan teman sekuliah. Pernah suka-suka hantar karya ke stesen radio dan pernah juga cerpen yang ditulis disiarkan di Stesen Radio Sarawak bertahun dulu. Habis belajar dan masuk ke dunia pekerjaan... hobi menulis bagaikan terpinggir pula. Sibuk dengan hambatan tugas lebih-lebih lagi seawal bertugas sudah diberi tanggungjawab untuk mengajar kelas yang akan menghadapi peperiksaan.

Namun... selepas habis menyambung pelajaran peringkat ijazah, terasa banyak pula masa terluang. Rasa kosong... rindu pula dengan masa-masa sibuk menyiapkan assignment... maka dengan itu, saya menulis kembali. Bermula di blog... sehinggalah bertemu jodoh dengan Jemari Seni.

 

Aidah Bakri

E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Aidil Khalid

Aidil Khalid-w

http://www.aidilkhalid.blogspot.com

DULU dia pernah bercita-cita hendak menjadi juruterbang. Tetapi sayangnya tidak kesampaian, kerana tingginya tidak mencukupi. Hanya tiga sentimeter sahaja lagi daripada syarat yang ditetapkan!

Dengan penuh rasa kecewa, Aidil Khalid pun masuk ke UIA dalam jurusan kejuruteraan. Tapi tak sampai sebulan, dia mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke UK dalam jurusan undang-undang pula.

‘UK? Wah, dapat keluar negara!’ Maka tanpa berfikir panjang, dia langsung meninggalkan pengajian kejuruteraan lalu menerima tawaran tersebut – bukan kerana minat bidang perundangan, tapi kerana hendak melancong. Sebetulnya dia ketika itu belum ada arah tujuan yang jelas, apatah lagi masih kecewa dengan ketinggiannya yang tak cukup tiga sentimeter untuk menjadi juruterbang ke awan biru!

Kecewa datang lagi apabila dia tak lepas ke UK kerana keputusan A Levels gagal meyakinkan pihak yang mengeluarkan biasiswa. Kegagalan ini mempunyai implikasi yang sangat besar ke atas hidupnya. Dia menjadi sangat tertekan. Dia rasakan segala-galanya sudah gelap. Lalu dia menjadi seorang introvert.

Dan ketika penuh kekecewaan inilah dia mula menulis. Menulis, menulis, dan terus menulis… kemudian menulis lagi, lagi dan lagi, bagi melupakan kekecewaannya. Tapi pembaca tak perlu risau sebab novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu bukanlah sebuah memoir kecewa.

Kini, setelah rasa kecewa itu dia tinggalkan ke belakang, dia berpeluang menuntut di UiTM Shah Alam dalam jurusan undang-undang.Belilah novelnya dan kemudian promosikan kepada rakan-rakan untuk membelinya juga, sebab kalau tidak, Aidil  akan kecewa lagi.

Page 1 of 13

You are here: Penulis JS