Nisyah

Nisyah suka menulis tapi tidaklah suka membaca sangat. Kadang-kadang dia pun pelik macam mana dia ada minat menulis. Mungkin kerana awalnya dia menulis kerana dia suka baca apa yang dia tulis, kes ‘syok sendiri’! Mengikut kajian dia sendiri, orang yang lahir bulan September memang suka menulis, entah betul entah tidak. Tapi mungkin secara kebetulan dia berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Roald Dahl, penulis kanak-kanak tersohor. Tarikh lahir mereka adalah 13 September, cuma perbezaan usia mereka adalah 57 tahun!

Nisyah mula menulis cerpen yang tah-apa-apa ketika di tingkatan satu. Ketika itu semacam satu trend di mana ramai antara kawan-kawannya yang gemar menulis, jadinya Nisyah juga punya scrap book yang terhimpun cerpen-cerpen ketika mana fikirannya terlalu mentah dan naif lagi, maka terhasillah cerpen yang tiada makna (scrap book itu pun sudah hilang!).

Selalu hasil tulisannya tidak pernah bertemu dengan tamat, mungkin idea mati di tengah jalan ataupun tiba-tiba dia tidak ada lagi mood untuk meneruskannya. Hasil karya pertama yang ada perkataan TAMAT di hujungnya, adalah novel yang bertajuk TERASING. Kisah itu jugalah yang pertama kali dipaparkan di forum cari. Mungkin terasa ada orang yang membaca hasil tulisannya, Nisyah telah menghasilkan sebuah lagi kisah yang berjudul BERCINTA LAGI. Ilham ketika berlari atas treadmill rupanya telah membuahkan sesuatu. Ahli-ahli forum suka dan atas galakan serta dorongan mereka, Nisyah cuba menghantar manuskrip tersebut ke Jemari Seni. Akhirnya penghujung tahun 2010, novel pertama 3 Jantung Hati telah diterbitkan.

Kata Nisyah, dia bukanlah seorang sasterawan yang pandai bermain kata-kata puitis serta indah tetapi dia hanyalah seorang tukang cerita yang suka berkongsi kisah.

Facebook: http://facebook.com/noorinnisyah.dahari

http://nenisyah.blogspot.com

E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

You are here: Panduan Penulis Penulis JS Nisyah