Nazurah Aishah

NAZURAH AISHAH berbintang Taurus dilahirkan dan dibesarkan di Bandaraya Johor Bahru. Anak jati Negeri Ujung Tanah ini amat meminati sejarah dan obsesi terhadap kehijauan. Bertugas sebagai Pegawai Kawalan Data dan Maklumat di sebuah organisasi antarabangsa di Johor Bahru, penulis muda ini pernah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang penyiasat dan wartawan jenayah!

Dia agak gila-gila namun nukilannya sering mengundang air mata. Gemar memerhati apa yang berlaku di sekitarnya lalu diadaptasi jadi cerita, Nazurah Aishah menulis kisah-kisah yang dekat dengan hatinya kerana beliau percaya cerita fiksyen berdasarkan pengalaman yang benar akan lebih menyentuh sanubari pembaca dan meninggalkan kesan yang lebih dramatik.

Lili Buat Najah nukilannya yang pertama diterbitkan pada April 2008, setahun kemudian Nazurah kembali dengan Rahsia Hati Sofia yang turut meninggalkan kesan terhadap pembaca. Menyerahkan cerita yang manis kepada teman penulisnya yang lain, Nazurah Aishah lebih senang berdondang lagu air mata, membuai emosi pembaca dengan bahasanya yang mudah dan selamba.

Nazurah Aishah boleh dikenali melalui laman webnya:

www.nazurah-nazurah.blogspot.com

You are here: Panduan Penulis Penulis JS Nazurah Aishah