MOHD Nasron Sira bin Rahim atau sekadar menggunakan nama pena, Nasron Sira Rahim, berasal dari Pokok Sena, Kedah dan mula terbabit dalam bidang penulisan secara serius sejak tahun 2001.
Pada usia 13 tahun, dia mula menulis cerita pendek selepas bertahun terpengaruh dengan bacaan buku cerita kanak-kanak ‘Tiga Penyiasat’ dan siri Enid Blyton.
Ketika di tingkatan dua, lantaran kerap membaca novel remaja, dia menulis beberapa bab genre novel itu tetapi tidak dapat dihabiskan.
Ketika menuntut di Universiti Putra Malaysia sekitar 1999, Nasron menulis beberapa artikel, cerpen serta puisi. Selepas menamatkan pengajian dan mula bertugas di sebuah akhbar arus perdana pada 2001, dia mula terbabit secara serius dalam dunia penulisan.
Kini, bidang penulisan yang disertainya adalah cerpen, puisi, novel, buku umum dan rencana. Karyanya banyak disiar dalam majalah dan akhbar di negara ini.
Bermula dengan novel pertama iaitu ‘Enigma’, Nasron sudah menghasilkan empat novel dan empat buku umum. Novel tulisan beliau berkonsepkan misteri dan thriller kerana beliau ‘tidak tahu untuk menulis ayat-ayat cinta’.
Selain menulis, Nasron turut melukis kartun dan komik. Karya ilustrasi beliau pernah diterbitkan dalam akhbar Harian Metro, majalah Gila-Gila selain beberapa buku umum.
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
| < Prev | Next > |
|---|
