Ika Madera

Ika Madera, seorang anak, isteri, makcik, konsultan, pengintip, penulis yang tak bertauliah dan bermacam2 peranan yang dilakonkan apabila perlu.  

Different thinking hats, when necessary tapi terlalu teringin menjadi seorang super rock star.  

Sejak kecil berangan-angan menjadi seorang penulis tetapi asyik-asyik tulis cerita 'morbid'. Semua watak harus dimatikan, semua cerita berakhir dengan kesedihan. Konon mahu jadi lain daripada yang lain tapi, Jet Jonah pun jadi lain! Jadi penulis 'humor' pula.

Selalu, asyik melayan gamelan di dalam kepalanya, mencari idea untuk karya-karya seterusnya tapi buat masa ini masih 'berpencak' dengan Wawa di dapur untuk isi cerita yang kedua.

Yang pasti, kalau mahukan cerita yang tangkap leleh, yang mempunyai cerita cinta tiga, empat, lima segi, karya penulis ini, mungkin tidak menepati cita rasa anda. Cucu gila babayah ini lebih suka bercerita secara realistik dan err, lawak.

Facebook: www.facebook.com/ika.madera

http://maderaz.wordpress.com

You are here: Panduan Penulis Penulis JS Ika Madera