Terima kasih dan Selamat Tinggal

Assalamualaikum,

Jemari Seni Sdn Bhd dan JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn Bhd akan menghentikan operasi bermula 22 Dis 2018. Terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Kami mohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan. Sila ke Facebook Jemari Seni untuk sebarang pertanyaan atau berita terkini. Terima kasih.

Jemari Seni

Poster Web JS 2 1

Terima Kasih

Web Terima Kasih

 
 
 
 
You are here:: Karya Panduan Penulis Si Manis 17
 
 

Siri Adiwarna - (Novel) Si Manis 17

SI MANIS 17

(JS ADIWARNA SDN. BHD.)

Panduan Penulis

  1. Panjang antara 250-350 halaman
  2. Saiz huruf 12, jenis huruf Times New Roman
  3. Langkau dua baris (double spacing), anjakan (indent first line) 0.3” atau 0.76cm.
  4. Menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dengan rujukan Kamus Dewan (Edisi Empat) terbitan DBP. Bagaimanapun sekiranya perkataan Inggeris itu tiada terjemahan yang sesuai dalam bahasa Melayu, perkataan itu di benarkan dan mesti italik.
  5. Bahasa daerah dibenarkan hanya untuk satu dua perkataan dan bukannya dalam bentuk dialog dan harus italik kerana tiada dalam Kamus Dewan.
  6. Tema adalah bebas, tetapi cerita-cerita yang mengangkat nilai-nilai Islam, nilai murni dan nilai moral sejagat sangat dialu-alukan. Cinta antara lelaki-perempuan boleh dijadikan latar cerita, tetapi bukan perkara utama novel. Selain itu, gabung jalin budaya Melayu dan nilai-nilai ketimuran harus menjadi teras genre ini. Paparan tentang tempat dan masyarakat Melayu yang positif sangat digalakkan.
  7. Sasaran pembaca sekitar 12 tahun dan ke atas.

 

Proses Pemilihan

  1. Penulis boleh menghantar manuskrip yang lengkap pada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it berserta dengan sinopsis, surat muka (iringan), biodata ringkas.
  2. Pihak penerbit akan memberi jawapan dalam tempoh 3-6 minggu sama ada karya anda terpilih atau tidak.
  3. Sekiranya karya tersebut dipilih, pihak editor @ pengurus penerbitan  akan menghubungi penulis untuk berbincang proses seterusnya.

Royalti dan Imbuhan

  1. Jumlah cetakan  pertama minimum sesebuah novel ialah 2000 naskhah sahaja.
  2. Royalti penulis adalah sebanyak 7.5% daripada harga runcit buku (bagi Semenanjung Malaysia). Royalti pendahuluan sebanyak RM500 diberikan sebaik sahaja perjanjian ditandatangani antara penerbit dan penulis. Royalti seterusnya hanya akan dibayar selepas novel tersebut berada 12 bulan (setahun) di pasaran.
  3. 10 buah novel diberikan kepada penulis sebaik sahaja cetakan pertama siap. Sekiranya novel dicetak semula, penulis berhak mendapat dua naskhah novel ulang cetaknya. Kiraan sesebuah buku diulang cetak (dan dicatatkan sebagai cetakan seterusnya) ialah apabila buku berkenaan habis terjual sebanyak 2000 naskhah bagi setiap cetakan.
  4. Penulis dapat membeli bukunya sendiri dan juga buku penulis lain (termasuk keluaran Jemari Seni Sdn. Bhd.) dengan harga istimewa penulis yakni sebanyak 40%.