Novel Umum April 2018: Emma x Hud ~ Nirrosette

180

 

 

Penulis: Nirrosette

ISBN: 978-967-0851-94-5
Harga: RM24.00 (Sem. Malaysia) / RM27.00 (Sabah/Sarawak)

Pesanan Online: Mei 2018

 

Emma tahu dia ada dua pilihan waktu itu

 a) Kata ‘okey’, tunggu dan lihat apa yang berlaku seterusnya ataupun

 b) Kata ‘tidak’ (selepas itu menyesal seumur hidup, mungkin?)

 Baca Bab Awal

 

Hidup seorang Emma Dahlia menjadi huru-hara sejak mengenali Mr H, seorang pelanggan tetap di kafe tempat Emma bekerja. Namun, hubungan mereka hanyalah sekadar pelayan dan pelanggan. Hinggalah apabila Mr H memberanikan diri untuk memulakan perbualan.

 

“Can I have your number?”

 

“Hah?” Emma terpinga-pinga. Apa mamat ni tanya tadi?

 

“Your number.” Mr H mengulang semula.

 

“Awak nak buat apa dengan nombor saya, eh?”

 

“Err.” Tiba-tiba Mr H jadi Mr Gagap pula. “Err, you know, talk to you and stuff.”

 

“And stuff???” Emma membulatkan mata. Dia ni biar betul!

 

Emma tahu dia ada dua pilihan waktu itu

 

a) Kata ‘okey’, tunggu dan lihat apa yang berlaku seterusnya ataupun

 

b) Kata ‘tidak’ (selepas itu menyesal seumur hidup, mungkin?)

 

Emma akhirnya memilih yang pertama. Selanjutnya, Emma redah saja. Jodoh pertemuan memang rahsia Tuhan kan?

 


Yang nyata, Emma hanya mahu bahagia!

NIRROSETTE menghadiahkan pembacanya dengan kisah Emma x Hud yang santai dan menghiburkan. Pada yang berdarah manis atau ingin menjadi pengantin, jangan lepaskan naskhah ini.

 

 

Mari Bersama Jemari Seni

Mari Bersama JS Adiwarna

Hubungi Kami

Address:

G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
[Peta lokasi]


Email: info@jemariseni.com
Telephone: +603-89260142
Fax: +603-89273967

You are here: JS Novel Novel Umum April 2018: Emma x Hud ~ Nirrosette