Novel Umum Ogos 2015: Kita ≠ Couple ~ Aeliah Mazta

2015-KitaCouple

 

Penulis: Aeliah Mazta
ISBN: 978-967-0851-11-2
Harga: RM21.00 (Sem. Malaysia) / RM24.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: 7 Julai 2015

Baca bab awal

 

 

 

Pertemuan G’na dengan seorang pelajar baharu sekolahnya, Keef telah membuatkan hidupnya berpusing 90 darjah. Ada sahaja yang tidak kena, sehingga kedua-duanya mengisytiharkan perang.

“Gigi taring kau... obvious sangat. Siung!”
“Kau! Dah la gigi berbesi warna biru segala bagai. Elok lagi gigi aku yang kau kata siung ni. Tak payah nak berabih duit buat macam tu!”
“Ini namanya braces. Jangan tunjuk sangat asal-usul orang hulu kau tu. Simpan sikit!”

Keberanian Keef berbicara soal hati telah mengikat mereka dengan satu hubungan. Namun, kesedaran tentang masa hadapan telah memisahkan mereka.

Masa berlalu....

Hati G’na diuji lagi dengan kehadiran lelaki yang ingin meruntuhkan tembok hatinya. Dan ayahnya pula merancang ingin menjodohkan dia dengan kawan lama
ayahnya. Sanggupkah dia menurut dan menerima lelaki yang selayaknya dia panggil ‘pakcik’ tetapi terpaksa disapa ‘abang’?

***

Aeliah Mazta berjaya membuat pembaca ketawa dan bersedih bersama-sama watak-watak dalam Kita ≠ Couple. Penulis juga menyelitkan pengajaran berguna dalam kisah berunsur jenaka ini.

 

 

Mari Bersama Jemari Seni

Mari Bersama JS Adiwarna

Hubungi Kami

Address:

G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
[Peta lokasi]


Email: info@jemariseni.com
Telephone: +603-89260142
Fax: +603-89273967

You are here: JS Novel Novel Umum Ogos 2015: Kita ≠ Couple ~ Aeliah Mazta