Novel Umum Ogos 2015: Si Pemandu Hati ~ Nazira Ilias

2015-SiPemanduHati

 

Penulis: Nazira Ilias
ISBN: 978-967-0851-10-5
Harga: RM25.00 (Sem. Malaysia) / RM28.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: 7 Julai 2015

Baca bab awal

 

 

Apabila Najihah yang suka berterus-terang berkata-kata…
“Handsome? Handsome tu… tak perlu sekacak James Franco, cuma cukup ada satu rasa yang indah apabila kita pandang wajahnya. Wajah yang boleh buat aku tersenyum sampai ke hati.”

Apabila Farid, Si Mat Bunga menyusun kata-kata…
“Berapa umur you? Kalau tak keberatan… minta nombor telefon boleh?”

Dan apabila Najmi yang banyak keraguan terpaksa berkata-kata…
“Helo... yup! Hmmmm…” diam kejap. “Ermm… oh, okey!” Diam lagi. “Err... er… a’ah.”

Di antara Najihah, Farid dan Najmi, mereka melalui episod cerita yang sama iaitu jatuh cinta pandang pertama. Namun, hanya ada satu nama yang melekat di hati Najihah.

Tetapi, tak semua cerita cinta Najihah itu berjalan dengan indah apabila ada sesuatu yang tersirat mengenai pilihan hatinya telah dibongkar dalam satu majlis. Adakah hati Najihah akan berubah arah? Orang kata cinta pertama sukar untuk dilupakan. Tapi, tak mustahil. Jadi, biar Najihah yang bercerita tentang hatinya.

***

Kisah cinta pandang pertama antara Najihah, Farid dan Najmi, satu kisah cinta yang biasa kita dengar dan baca. Namun Nazira Ilias berjaya mengolahnya dan menjadikan Si Pemandu Hati ini menarik dengan caranya tersendiri. Pembaca akan terhibur dengan lawak selamba dalam novel ini dan turut merasa apa yang Najihah rasa.

 

Mari Bersama Jemari Seni

Mari Bersama JS Adiwarna

Hubungi Kami

Address:

G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
[Peta lokasi]


Email: info@jemariseni.com
Telephone: +603-89260142
Fax: +603-89273967

You are here: JS Novel Novel Umum Ogos 2015: Si Pemandu Hati ~ Nazira Ilias