Novel Umum Jun 2015: Sampaikan Salamku ~ Reza al-Razi

COVERSS

 

Penulis: Reza al-Razi
ISBN: 978-967-0851-09-9
Harga: RM26.00 (Sem. Malaysia) / RM29.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: 1 Jun 2015

Baca bab awal

Tatkala hati merindu, sebutlah nama Tuhanmu

Hidup Azlan Hanafi tak seindah yang diimpi. Menjadi anak terbuang di rumah sendiri cukup menyeksakan dirinya. Dia nekad untuk keluar dari rumah itu demi mencari bahagia yang diharapkan.

Perjalanan mencari bahagianya menemukan Azlan dengan bermacam-macam dugaan. Perkenalannya dengan Suraya membuatkan dia merasakan sudah berjumpa dengan bahagia yang diimpikan.

“Awak! Awak! Tunggu kejap!”

“Ya, ada apa?”

“Saya Suraya. Kenal tak? Satu kelas dengan awak.”

“Satu kelas? Sorry, saya tak perasan.”

“Manalah awak nak perasan. Jalan pun tunduk bawah je.”

Namun, hubungan mereka kecundang apabila Suraya hilang tanpa kata. Bertahun kemudian, Azlan bertemu kembali dengan Suraya. Citra gadis itu sudah berubah.

Saat Azlan dan Suraya sudah mengikat tali pertunangan, ada rahsia yang tak sepatutnya diketahui terbongkar. Liyana, sepupu Azlan pula ditimpa malang yang membuatkan Azlan terpaksa berpegang pada janji yang terpateri.

Antara rasa tanggungjawab dan rasa cinta, Azlan tersepit di tengah-tengah. Pada siapakah salamnya akan disampaikan?

REZA AL-RAZI menulis dengan bahasa yang baik dan penuh pengisian. Sampaikan Salamku bukan sahaja mengungkapkan kasih sayang antara dua hati, tetapi juga mengangkat isu kekeluargaan dan persahabatan.

 

Mari Bersama Jemari Seni

Mari Bersama JS Adiwarna

Hubungi Kami

Address:

G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
[Peta lokasi]


Email: info@jemariseni.com
Telephone: +603-89260142
Fax: +603-89273967

You are here: JS Novel Novel Umum Jun 2015: Sampaikan Salamku ~ Reza al-Razi