Novel Umum Februari 2015: Lelaki Idaman Hamba ~ Balqis Mohamad

COVERLIH

Penulis: Balqis Mohamad
ISBN: 978-967-0508-98-6
Harga: RM27.00 (Sem. Malaysia) / RM30.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online:  mulai 5 Februari 2015

orang cakap, kalau saiz cincin di jari manis perempuan sama dengan saiz cincin di jari kelengkeng lelaki,

maksudnya mereka serasi bersama

Baca bab awal

 

Tisha tabah mengusahakan restoran keluarganya meski dia punya kelulusan dalam bidang seni bina. Kisah hidupnya punya ‘rasa’ setelah kehadiran Mukhriz yang muncul tiba-tiba di belakang restorannya. Tragedi ‘sampah di atas kepala’ bukanlah satu permulaan yang baik dalam perkenalan mereka.

 

Mukhriz pula mula tertarik pada Tisha setelah terbaca 10 ciri-ciri ‘Lelaki Idaman Hamba’ milik Tisha. Sejak itu, dia mula merangka rencana untuk mendekati Tisha. Namun, ada rahsia yang Mukhriz sembunyikan daripada Tisha dan rahsia itu mengikat langkahnya untuk mendekati Tisha.

Kemunculan Pia, Meeka, Hariz dan Sufian menambah rencah yang kadangkala tawar, masam dan manis dalam misi Tisha mencari lelaki idamannya dan juga usaha Mukhriz dalam memenuhi satu per satu ciri-ciri itu. Berjayakah mereka bertemu di titik tengah atau jalan yang mereka lalu itu hanya berselisih sahaja?

 

BALQIS MOHAMAD menulis Lelaki Idaman Hamba mengikut acuannya sendiri. Dengan gaya penceritaannya yang bersahaja dan bahasa yang santai, pastinya pembaca akan terhibur apabila membaca.

 

Mari Bersama Jemari Seni

Mari Bersama JS Adiwarna

Hubungi Kami

Address:

G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
[Peta lokasi]


Email: info@jemariseni.com
Telephone: +603-89260142
Fax: +603-89273967

You are here: JS Novel Novel Umum Februari 2015: Lelaki Idaman Hamba ~ Balqis Mohamad