Novel Umum Januari 2015: No.23 ~ Packy Sidique

COVERNO23

Penulis: Packy Sidique
ISBN: 978-967-0508-95-5
Harga: RM28.00 (Sem. Malaysia) / RM31.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 16 Disember 2014 (Belian di kedai JS mulai 1 Januari 2015)

 

kematian yang tiba-tiba

kehilangan yang dipersoalkan

Baca bab awal

20 tahun kemudian...

Mereka muncul kembali.

Mencari sejarah yang putus.

Tapi bukan mudah.

Kerana ramai sudah tertipu.

Berhati-hati.

Jangan sampai kau yang terkena.

Kelak, dirimu mangsa seterusnya.

Akmal Firdaus, Si Inspektor Sahab beraura kersani mempunyai satu keganjilan di mana dia akan diserang sakit kepala apabila akan ada kes yang berlaku di bawah seliaannya. Semasa dia mengendalikan kes pembunuhan di Teratak Nur Karmila, sakit kepalanya datang bersama imbasan-imbasan aneh.

Pertemuannya dengan April Nur Karmila pula dimulai dengan persengketaan. Tanpa disedari, ada rasa yang berputik dalam hati masing-masing. Namun, penyiasatan Akmal tentang Teratak Nur Karmila tidak semena-mena membawanya menelusuri sejarah hidup April.

Segala macam peristiwa berlaku dan semuanya bersangkut-paut dengan Teratak Nur Karmila, menjadikan kes Teratak Nur Karmila semakin misteri. Sehinggalah, satu demi satu pembongkaran dibuat... yang akhirnya memberi kejutan besar buat Akmal Firdaus.

segalanya bermula di rumah bernombor 23 itu...

 

Selepas Bougainvillea, PACKY SIDIQUE kembali dengan No. 23. Satu karya yang digarap dengan unsur saspens dan dramatik yang pastinya akan membuatkan pembaca berdebar-debar setiap kali menyelak halaman baharu!

 

Mari Bersama Jemari Seni

Mari Bersama JS Adiwarna

Hubungi Kami

Address:

G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
[Peta lokasi]


Email: info@jemariseni.com
Telephone: +603-89260142
Fax: +603-89273967

You are here: JS Novel Novel Umum Januari 2015: No.23 ~ Packy Sidique