Novel Umum Oktober 2014: Puzzle ~ N Husna

2014Puzzle

 

Penulis: N Husna
ISBN: 978-967-0508-92-4
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia) / RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 7 Oktober 2014

Hidup ni bagi aku macam puzzle. Cantum, susun, tampal. Kau jumpa, kau cantum, kau dapat gambaran yang sebenar

Baca bab awal

 

 

Ain seorang yang lepas bebas. Dia buat apa yang dia suka. Dia tak pernah ambil endah suara mereka yang menegur caranya. Dia tak pernah peduli apa yang orang lihat pada dirinya.

Ketenteramannya mula terganggu apabila Iman menumpang di rumahnya. Tindakan Iman yang suka menegurnya selalu membuatkan Ain hangin satu badan.

"Anak dara tak manis kalau minum tuang daripada botol masuk mulut. Tak ada siapa nak masuk meminang nanti."

"Nama mak saya bukan Dara!"

 

Setelah Iman melanjutkan pelajaran ke Australia, mereka tidak berhubung lagi. Ain seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada Iman dek ‘penipuan’ Iman dahulu.
Ironinya, mereka berdua terlibat pula dalam perancangan keluarga yang tak terduga. Bersediakah Ain menerima takdir yang tersurat?

 

“Tapi kadang-kadang kita tak sedar, ada banyak kepingan yang bentuk dia sama, yang mana bentuk itu boleh buat kita salah susun.”

 

 Dengan gaya penceritaan yang bersahaja dan bahasa yang santai memikat N HUSNA, kerja menyusun kepingan Puzzle yang banyak tampak mudah dan menyeronokkan.

 

 

Mari Bersama Jemari Seni

Mari Bersama JS Adiwarna

Hubungi Kami

Address:

G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
[Peta lokasi]


Email: info@jemariseni.com
Telephone: +603-89260142
Fax: +603-89273967

You are here: JS Novel Novel Umum Oktober 2014: Puzzle ~ N Husna