Novel Umum Jun 2013: Sijil Layak Berteman ~ Iman Xara

COVER-SLBerteman-small

Penulis: Iman Xara
ISBN: 978-967-0508-28-3
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia) / RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 27 Mei 2013

... dan dia mungkin ikhlas untuk dua minit yang pertama dan tidak pada minit yang ketiga.

Baca bab awal


I

Yana tahu dia hanya berangan-angan kononnya itulah lelaki yang akan jadi suaminya. Sedangkan, Hadiff pandang Yana sebelah mata pun tidak. Kalau hati itu bentuknya tirus di bawah, di sudut paling tirus itu pun Hadiff tak pernah lukiskan nama Yana. Hadiff seperti air tasik yang tidak berkocak, tidak pernah menunjukkan rasa apa pun kepadanya.

II

“Nak tunggu apa lagi, Hadiff? Nak tunggu ayam jantan bertelur ke baru nak buat keputusan? Aku takut nanti sampai masa kau dah bersedia nak bersuara, cik adik manis kau tu dah kena pinang dengan orang lain.”

Adakah benar dia yang masih teragak-agak?

Padahal dia boleh memulakan langkah itu.

III

Setahun kemudian...

Seperti janjinya dengan abahnya, kini masanya telah tiba untuk Yana akur menerima lelaki pilihan keluarga. Patutkah dia menolak hasrat keluarganya itu untuk dia penuhi impian hatinya sejak sekian lama?

... dia mungkin ikhlas untuk dua minit yang pertama dan tidak pada minit yang ketiga.

 

* * *


Gejolak rasa wanita sangat unik pada pena IMAN XARA. Kali ini kisah yang sangat dekat dengan kita diolah dengan gaya santai dan mengusik hati dalam Sijil Layak Berteman.

Mari Bersama Jemari Seni

Mari Bersama JS Adiwarna

Hubungi Kami

Address:

G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
[Peta lokasi]


Email: info@jemariseni.com
Telephone: +603-89260142
Fax: +603-89273967

You are here: JS Novel Novel Umum Jun 2013: Sijil Layak Berteman ~ Iman Xara