Novel Umum Dis. 2011: Mencari Taman di Hati

COVER-MencariTamanDHati-web

Penulis: Aidah Bakri
ISBN: 978-967-5118-75-3
Harga: RM22.00 (Sem. Malaysia)/RM25.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: Diskaun 20% - mulai 23 Dis. 2011

Aku menipu hatiku sendiri… benarkah?
Aku bahagia apabila dekat dengannya?
 

Kerana sepotong janji, Syuhada menjadi tunangan orang. Malangnya, lelaki itu ‘lari’ daripadanya. Lima tahun jugalah Syuhada terkapai-kapai dalam ikatan tiada makna; lalu Syuhada nekad memutuskan ikatan janjinya.

Baca Bab Awal

Lelaki yang tak kenal erti putus asa itu memang merimaskan. Tak faham-faham langsung orang tak suka. Tetapi jika benar tak suka, mengapa ada rasa lain yang bertunas dalam taman hati? ~ Syuhada

Redup sinar mata itu pernah mencuit hati. Kini, sinar mata yang sama masih mendatangkan getar yang hebat di hati. Tetapi, mengapa sinar itu sayu? Terlalu beratkah deritanya?~ Shahrul Riezman

Saat hati mula diulit bahagia, dia terheret ke perkahwinan tanpa rela. Mampukah kita mengecap bahagia, Syu?

Tertikam di sudut kecil sekeping hati… bukan salah sesiapa, cuma aturan takdir-Nya!

****

AIDAH BAKRI membawa kita menyelami hati Syuhada yang terperangkap oleh janjinya sendiri. Setiap orang berhak bahagia; kenapa tidak mahu Mencari Taman di Hati yang membawa kita ke puncak bahagia yang hakiki?Novel Umum Dis. 2011: Mencari Taman di Hati

Mari Bersama Jemari Seni

Mari Bersama JS Adiwarna

Hubungi Kami

Address:

G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
[Peta lokasi]


Email: info@jemariseni.com
Telephone: +603-89260142
Fax: +603-89273967

You are here: JS Novel Novel Umum Dis. 2011: Mencari Taman di Hati