spacer
Pesanan Online
Novel Umum Terbitan Lain Variasi

List All Products


Advanced Search
Show Cart
Your Cart is currently empty.
Laman Utama
Profil
Forum
Penulis
Pesanan
Berita Akhbar
Terkini
Hubungi Kami
Buku
Novel Umum
Buku Masakan
Blog Penulis
Ruby Hazri
Rnysa
Hlovate
Noor Suraya
Imaen
Khairyn Othman
Manjlara
John Norafizan
Nazurah Aishah
Syud
Aidil Khalid
Pingu Toha
Panduan
Panduan Penulis
Login Ahli
Username

Password

Remember me
Lost Password?
* Semasa mendaftar, untuk "Username" sila gunakan perkataan dan nombor sahaja
No account yet? Register
Sembang-sembang di sini
Free shoutbox @ ShoutMix
Tinggalkan pesan untuk JS di sini
Latest Message: 22 hours, 31 minutes ago
  • Hamdiah : Salam JS... Just to inform resit bayaran buku dah di fax hari ini.ok
  • hariyanigood : hai..nak taye..mcm mane kita nak sembang-sembang yer...mcm seronok jer..
  • hariyanigood : morning..new coming...tunas by hlovate the best..make me smile!!!!
  • nico.robin : ok2...alah m2u takde lah...
  • JS admin : nico.robin, tak perlu order balik. e-mel saja beritahu pertukaran cara bayaran tu. bank in boleh. mungkin silap no akaun. kalau guna m2u guna no ni: 162263008878
  • nico.robin : helo,nak tyn..nape nak bank in tak boleh ekk?kalo order balik boleh tak?ingat nk pakai money order jer. grin
  • aramaya : thx again CC... i dah sms. Waiting reply...
  • Cute_Comey : awk msg je tros js pn belh gak...tanya no parcel..0192795046
  • aramaya : tq cute_comey... sy kena check no parcel dulu la...
  • Cute_Comey : biar sy ganti js tlg jwb utk awk aramaya...awk try tpon 1300300300..tanya r..tp kena r tau no parcel 2...
Please Login to shout..
Statistics
 Jemari Seni Publishing - Malaysia Groups Online
 Tetamu ( 0 ) Tetamu 0
  Online  0
 Ahli ( 2,399 ) Ahli  2,399
  Pelawat  288,298


Statistik...
Ahli Baru  einhanna
Hari ini 7
Minggu ini 55
Bulan ini 197
Tahun ini 1,793
 
Laman Utama arrow Novel Umum

Novel Umum

percayalah2

Judul: Percayalah
Penulis: Ruby Hazri
ISBN: 983-43217-0-8
Harga: RM21.00
Harga pembelian melalui pos:
RM19

Stuttgart... di situ hati mereka ditemukan; pada saat putih salji yang jatuh menjadi saksi. Namun, rasa yang bertunas itu tersimpan dalam-dalam. Benarkah daun-daun mapel belum berhenti berguguran? Masihkah ada waktu untuk mereka merasai hadirnya musim bunga? Sedangkan mereka masih jua menyendiri dan membawa jauh-jauh satu rasa itu. Duka lara tiba lebih awal sebelum segalanya terjadi. Mampukah badai meleraikan pautan hati seteguh gunung salju itu? Mungkinkah, kisah mereka bagaikan sungai-sungai yang pasti bersatu di muara?


http://www.rubyhazri.blogdrive.com/

 

relevan1

Judul: Relevankah Aku di Hatimu?
Penulis: Rnysa
ISBN: 983-43217-1-6
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos: RM18

Syah: gadis unik yang terperangkap dalam dunia angan-angannya

Kaduk: 'si rambut perang' yang budiman bekas ketua pelajar yang terbilang

Mar Iskandar: lelaki warak penambat hati sukar didekati

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa! 


http://www.rnysa.blogdrive.com

 

 
SUUN_Cover_web
Indah, sudikah kau menemani hatiku, melayan sunyiku, mengubat resahku?

 

Judul: Surat Ungu untuk Nuha
Penulis: Noor Suraya
ISBN: 978-983-43217-3-4
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos: RM18



kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yang satu
serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku yang sedang jatuh hati kepadanya
 

Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspres Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu!


http://www.noorsuraya.blogdrive.com
 
5tahun-JS

Judul: 5 Tahun 5 Bulan
Penulis: Hlovate
ISBN: 978-983-43217-2-7
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos: RM18


 

Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.

Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....


http://www.hlovatulis.blogdrive.com/

 

 
gurindam_web

Judul: Gurindam Jiwa
Penulis: Hlovate, Imaen, Noor Suraya
ISBN:978-983-43217-5-8
Harga: RM21.00
Harga pembelian melalui pos:
RM19

Ceritera 1: Schubert's Serenade oleh Hlovate
Lagunya penuh dengan kenangan. Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

Ceritera 2: Vendetta oleh Imaen
Dengan jari aku gali sedikit tanah di nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya.
"Hari ini adalah titik tanpa pulang lagi."

Ceritera 3: Hati Andriyana oleh Noor Suraya
Sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia' yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya dan Manjalara

 
   
 
labyrinth front_web

Judul: Labyrinth
Penulis: Imaen
ISBN: 978-982-43217-6-5
Harga: RM18
Harga pembelian melalui pos:
RM16


Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan bersiri adalah ‘lantai’ untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka!

Kamal
Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi?
 
Dani
Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya.
Riuh itu laut dan Dani itu sungai...dan Maira? 
Maira
Cintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang! 

Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.
lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?
lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya? 


http://www.imaen.blogdrive.com

 

   
 Zahrah_web

Judul: Zahrah de Tigris
Penulis: Khairyn Othman
ISBN: 978-983-43217-7-2
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos: RM18

Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris… 

Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian  mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.  

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.  

Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris.  Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.


http://www.bungatigris.blogspot.com
   
 sepatu-front-cover Judul: Kopi Susu Sepatu Biru
Penulis: Ruby Hazri
ISBN: 978-983-43217-8-9
Harga: RM21.00
Harga pembelian melalui pos: RM19

Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula. Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!
Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah:
 
Rumah No. 11 si gadis dan rumah no. 9 si teruna.
Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tanpa sempadan terjilid dalam pelbagai episod.

Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud di kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas dan ada sayang yang menjalar.
Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?


http://www.rubyhazri.blogdrive.com
   
 aA+bB_front

Judul: aA+bB
Penulis: Hlovate
ISBN: 978-983-43217-9-6
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos: RM18


cinta itu jatuh dari langit atau jatuh dari hati? - Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan: perjalanan bersama masa. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A+B=Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? - Benz


http://www.hlovatulis.blogdrive.com
   
 Persis_front Judul: Persis Sebutir Pasir
Penulis: Manjlara
ISBN: 978-967-5118-04-3
Harga: RM22.00
Harga pembelian melalui pos: RM19

Widya:
Inikah takdir yang diumpamakan sebagai 'sijil' buat Kasih? 'Sijil' yang tidak mungkin dipadamkan faktanya, ditokok atau ditambah isinya, Wan?

 

Irwan Zahir:
Kasih, betapa jerih kita berusaha untuk terus bersama... ada saja halangan yang melanda. Setelah semua peluang itu tertutup untuk kita, tiba-tiba ada 'jalan' lain pula yang ingin menghubungkan kita semula... lalu harus bagaimanakah aku, Kasih?


http://www.manjlara01.blogspot.com
   
 deja vu-front Judul: Garis-garis Deja Vu
Penulis: John Norafizan
ISBN: 978-967-5118-00-5
Harga: RM22.00
Harga pembelian melalui pos: RM19

Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza. Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa. Dan satu takdir yang tersimpul mati! Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vu. Suatu pelarian tanpa noktah dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien.
http://www.johnnorafizan.com
   
 lili buat najah

Judul: Lili Buat Najah
Penulis: Nazurah Aishah
ISBN: 978-967-5118-02-9
Harga: RM21.00
Harga pembelian melalui pos: RM19


Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.

 

Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah? Sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!


http://www.nazurah-nazurah.blogspot.com
   
 tentang dhiya_front Judul: Tentang... Dhiya
Penulis: Syud
ISBN: 978-967-5118-01-2
Harga: RM21.00
Harga pembelian melalui pos:
RM19

Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi
Mereka 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. 
Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan.
Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?
 
Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah... jika itu yang terbaik!


http://
www.theceritas.blogdrive.com
   
 Bohemian_front Judul: Bohemian
Penulis: Imaen
ISBN: 978-967-5118-03-6
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos:
RM18

Aku
Pemain muzik jalanan, melayari malaysiakini.com, merambu-rambu cari duit, pakai seluar bertampal di lutut, berambut panjang cecah bahu dan... 

Dia 
Seorang peguam, baca Business Times, gaji ribu-ribu, pakai skirt nampak lutut, berambut copper blonde celup....

Dia, yang dari hujung kaki hingga hujung rambut bukanlah perempuan yang aku mohon lewat doa-doaku kepada Tuhan.


http://www.imaen.blogdrive.com
   
 COVER-Nysrah-front Judul: Bila Nysrah Kata Tak Mahu
Penulis: Aidil Khalid
ISBN: 978-967-5118-05-0
Harga: RM18.00
Harga pembelian melalui pos: RM16
Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana!
http://www.aidilkhalid.blogspot.com
   
 tunas cover web Judul: [tunas]
Penulis: Hlovate
ISBN: 978-967-5118-06-7
Harga: RM21.00
Harga pembelian melalui pos:
RM19

   "Akak nak bunga apa? Sebut aje." Lee pula yang menyambung.
   "Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?" Dia membilang dengan jari tangan.
   "Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?"
   Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip.
   "Tulip ada?"
   "Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?"
   A-Cid berpaling ke belakang. 
   "Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. "Pink ribbon."
   Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. "The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah.
   Addin jatuh rahang bawah. The-what???
   "A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu...."
   "I'm Panah Arjuna. I spread the love." Selamba dia menuturkan dengan muka toya.

Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?
http://www.hlovatulis.blogdrive.com
   
 COVER-LUVE-web Judul: L.U.V.E
Penulis: Pingu Toha
ISBN: 978-967-5118-08-0
Harga: RM16.50
Harga pembelian melalui pos:
RM15

The Love. The Other Girl. The Old Flame. The Other Guy   Siapa yang harus dipilih?

Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! Sama ada untuk memilih The Love atau The Other Girl ataupun The Old Flame. Semuanya membelit Uthman Huzir, dan memutarkan hidupnya 360° secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya!   

Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame... dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love.

Lalu bagaimana?


http://www.pingupunyakhutub.blogspot.com
   
 dahlia-web Judul: Panggil Aku Dahlia
Penulis: Noor Suraya
ISBN: 978-967-5118-09-8
Harga: RM21.00
Harga pembelian melalui pos: RM19

Dahlia pulang ke Malaysia kerana ayahnya diserang strok. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!  

Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.    

Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar?

http://www.noorsoraya.blogdrive.com
 
< Prev   Next >
Copyright © JemariSeni 2006. Powered by MUS Unlimited Solution
spacer