“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya! Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya. Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
Customer Reviews:
nur ayumia (Wednesday, 03 December 2008) Rating: salam kak su,tahniah unt novel sehebat ni..mengenali dahlia,blh bt kta sdar yg hidup yg tng hy akn kta dpt kalau kta bsederhana2 sj..dan dgn mengenali dahlia jgk,blh bt kta sdar jgn tlalu mrendah diri sbb kat mne2 pun kta,kta slalu ada DIA.. trima kasih ats tulisan yg mntap ini,kak su!=) tiba2 pulak sy nk jd mcm sang sibur2 tu,unik n anggun dgn cara tsendiri..ttp bshaja..=)
nur syuhada mohd nafis (Thursday, 20 November 2008) Rating: tahiniah kak su.sy suke cite ni..saya yg x pernah p cameron ni pun terasa dekat dgn tmpt tu.xsbr nak ajak teman2 p brcuti kat sane.cume ada satu yg saya musykil kat cni.dlm m/s170(kalo xsilap saya la.)kak su ada tulis pasal amnesia.setahu saya amnesia tu temporary memory lost.yg berkaitan dgn penyakit xleh nak tido ni setahu saya la..insomnia.hehe..sori kalo saya silap cakap.saya hanya bagi pendapat je..ape2 saya suke cite ni sbb ia memberi satu makna baru bagi saya..xcantik xsemestinya menyebabakn kite harus malu untuk berdepan dgn org lain.org xcantik pun boleh bercinta jgk.haha..byk ckp plak saya ni.k ah..sekian.5 star tuk kak su n warga kerja JS.
FATIHA BASRI (Tuesday, 04 November 2008) Rating: Bila baca buku ini macam mahu meminjam ketabahan & semangat Dahlia. Membacanya juga seperti mahu mencari seorang seperti Wadi Hannan. Yg sanggup berubah utk org yang dia sayang. Dan latar Rumah Teh Timur yang menyenangkan itu membuatkan saya tak sabar untuk ke Cameron lagi. Tanah tinggi itu buat saya jatuh hati pada kedamaiannya. & buku PAD ini buat saya terus teruja utk selalu ke sana. Thanks untuk karyanya.
Noor Suraya (Monday, 03 November 2008) Rating: Nazurah,rnTerima kasih kerana sudi 'makan nasi'... Naz, suka dengan kata-katamu... :) ala bersemangat je 'memasak' lagi ahaks rnrnYanz,rnkaksu juga terasa 'manis' dan 'nyaman' membaca komen yanz... sehingga terasa ingin mengajak Yanz singgah minum secawan teh di bawah pokok ceri ini. Terima kasih ya...
yanz (Monday, 03 November 2008) Rating: sebaik terima PAD melalui pos.. saya sangat teruja untuk mengenali dan menyelami hati Dahlia.. . Dahlia yang tabah, yang tenang, yang nakal.. Dahlia yang lain daripada yang lain. Dahlia yang hanya untuk Wadi..Saya suka semuanya tentang PAD. Dari latar masa, tempat dan semua perwatakan wataknya...Terasa nyaman sewaktu menyelusuri PAD, senyaman hawa Tanah Tinggi Cameron dan secawan teh di Rumah Teh Timor... Tahniah KakSu...PAD adalah suatu perjalanan hidup yang 'manis' dan 'nyaman'...