Cinta membuat kita tidak memandang apa-apa yang datang daripada kita, walaupun ia sebesar mana sekalipun. Sebaliknya, kita hanya akan memandang apa-apa yang datang daripada orang yang kita cintai, walau sekecil mana pun. Cinta membuat kita membuang sifat sendiri, dan mengambil sifatnya sebagai ganti.
Aku
Dia
pemain muzik jalanan melayari malaysiakini.com merambu-rambu cari duit pakai seluar bertampal di lutut berambut panjang cecah bahu
seorang peguam baca Business Times gaji ribu-ribu pakai skirt nampak lutut
berambut copper blonde celup
Siapakah dia yang berani mencuri tenang dan damaiku, lalu menggantikan ia dengan resah gelisah? Siapakah dia berani merampas hening bening malam dengan huru-hara yang tidak keruan ini? Siapakah dia yang berani mengusik lenaku dengan bayangnya?
Dia, yang tidak pernah ada dalam senarai bidadari anganku! Tidak pula pernah sekalipun wujud dalam daftar mimpiku! Dia, yang dari hujung kaki hingga hujung rambut bukanlah perempuan yang aku mohon lewat doa-doaku kepada Tuhan.
Customer Reviews:
siti zubaidah ahmad (Friday, 18 July 2008) Rating: best2..menepati citarasa..cukup gula...garam... cuma bab2 'bcoming hero' tue kurang minatrnrnhero- sama ada mati ataupun org mati kerana dia?