Terima kasih dan Selamat Tinggal

Assalamualaikum,

Jemari Seni Sdn Bhd dan JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn Bhd akan menghentikan operasi bermula 22 Dis 2018. Terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Kami mohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan. Sila ke Facebook Jemari Seni untuk sebarang pertanyaan atau berita terkini. Terima kasih.

Jemari Seni

Poster Web JS 2 1

Terima Kasih

Web Terima Kasih

 
 
 
 
 
 

Jemari Seni Sdn. Bhd.

Persis_front

Februari 2008 - Persis Sebutir Pasir ~ Manjlara

Aku ingin jadi bintang... biarpun kerdil, tidak sebesar dan secantik bulan namun bintang tetap punya ceritanya yang tersendiri.

Jika tidak kerana bintang
masihkah ada insan yang sudi menatap pekatnya warna malam?
Jika tidak kerana kerdipannya yang berkilau cantik
mungkinkah ada yang edan mengira butir-butirnya yang halus gemerlap?
Jika tidak ditemani bintang
mahukah bulan muncul bersendirian di dada langit?

...aku hanya ingin jadi bintang, kerana ceritera bintang lebih banyak berbanding bulan nan satu...

WIDYA

Inikah takdir yang diumpamakan sebagai ‘sijil’ buat Kasih? ‘Sijil’ yang tidak mungkin dipadamkan faktanya, ditokok atau ditambah isinya, Wan?

IRWAN ZAHIR

Kasih, betapa jerih kita berusaha untuk terus bersama... ada saja halangan yang melanda. Setelah semua peluang itu tertutup untuk kita, tiba-tiba ada ‘jalan’ lain pula yang ingin menghubungkan kita semula... lalu harus bagaimanakah aku, Kasih?

Sesungguhnya setiap insan di dunia ini setaraf! Semuanya sama saja mengusung takdir yang tertulis. Masing-masing berjalan dengan ceritera takdir yang tersendiri.

~~O~~

Sebuah cerita yang begitu indah susunan bahasanya; penuh debar dan sarat teladan... daripada tulisan seorang MANJLARA tentang Widya, tentang Persis Sebutir Pasir.

~~***~~

ISBN: 978-967-5118-04-3
Harga: RM22.00


deja vu- full

Mac 2008 - Garis-garis Deja Vu ~ John Norafizan

Kata Rumi:
pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya
mereka sudah bersama sejak dari azali lagi

Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza.
Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa.
Dan satu takdir yang tersimpul mati!

Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vu
Suatu pelarian tanpa noktah
dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien.

Kenapa setelah sepuluh tahun berselang
Ashraf harus mencari Laila yang hilang
sedangkan isterinya, Nini ditinggalkannya pergi?

Dan begitu mahalkah harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkan-Nya demi dia?

+ + + + +

Sebuah lagi karya segar daripada JOHN NORAFIZAN, seorang jurutera yang mahir menyusun peristiwa-peristiwa cerita; pengarang yang sentiasa mendaulatkan bahasa ibunda pada setiap karya-karyanya.

---***--

ISBN:978-967-5118-00-5
Harga: RM22.00


lili buat najah

April 2008 - Lili Buat Najah ~ Nazurah Aishah

telah kau tunai seribu janji
satu kau mungkiri… hidup bersamaku…

Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.

Itulah permulaan kisah ini... yang bagaikan sudah terang lagi bersuluh.
Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah?
Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan?
Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna: lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai...

Tulis Najah:
apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung
apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana
jadi bagaimana aku harus terus hidup
kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya
dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya…?

Najah, sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!


+++++


Nazurah Aishah, menulis Lili Buat Najah dari kaca mata hatinya. Sebuah kisah yang mengesankan pada yang sedia berkongsi rasa.

 

*****

ISBN: 978-967-5118-02-9
Harga: RM21.00


tentang dhiya_front

Mei 2008 - Tentang... Dhiya ~ Syud

Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi
Mereka 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan.
Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan.
Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?

Menurut Dhiya, Azril tu:
Tipikal groupmate: tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu!

Sedangkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.

Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya...!

Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi 'masalah' kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?

Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah... jika itu yang terbaik!

**~**

SYUD ada gaya yang tersendiri apabila bercerita Tentang... Dhiya. Watak-watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan kita.

##~##

ISBN No: 978-967-5118-01-2
Harga: RM21.00

COVER-LUVE-web

September 2008 - L.U.V.E ~ Pingu Toha

The Love. The Other Girl. The Old Flame. The Other Guy

Siapa yang harus dipilih?

Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! Sama ada untuk memilih The Love atau The Other Girl ataupun The Old Flame. Semuanya membelit Uthman Huzir, dan memutarkan hidupnya 360° secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya!

Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame... dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love. Lalu bagaimana?

Namun untuk ‘I love you’? Jawapan yang pasti untuk The Love. Tapi....

+ + + + + +

Benarkah penulis lelaki menyembunyikan rasa cinta dalam tulisan mereka? Pernyataan itu tentunya salah sekiranya anda membaca romantis-komedi L.U.V.E dari hati seorang Pingu Toha!

----------------------------------------------------------------------------------------------
ISBN: 978-967-5118-08-1
Harga: RM16.50

Page 37 of 40