Terima kasih dan Selamat Tinggal

Assalamualaikum,

Jemari Seni Sdn Bhd dan JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn Bhd akan menghentikan operasi bermula 22 Dis 2018. Terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Kami mohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan. Sila ke Facebook Jemari Seni untuk sebarang pertanyaan atau berita terkini. Terima kasih.

Jemari Seni

Poster Web JS 2 1

Terima Kasih

Web Terima Kasih

 
 
 
 
 
 

Jemari Seni Sdn. Bhd.

COVER-Pcylah_A_web

Oktober 2009 - Percayalah... Akhirnya ~ Ruby Hazri

Baca bab pertama

dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang di permukaan, berolak dan bergelora di dasarnya

Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding dengan lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi...

Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak untuk memiliki hatinya ~ Khairil

 

Salji datang lagi…

Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang

di padang harapan

Salji datang lagi...

Kala suramnya awan diri yang pasrah

mengenang mentari cindur yang hilang

Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~ Danial Wolfgang


Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati, kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada maknawi.

Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini? Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah

*****

Percayalah… Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi kisah Nur Atiqah.
*****
ISBN: 978-967-5118-23-4
Harga: RM22.00 (Sem. M'sia), RM25.00 (Sabah/Sarawak)

Percayalah_new

Oktober 2006 - Percayalah... ~ Ruby Hazri

Percayalah... ~ Ruby Hazri

Baca bab pertama

 

Selamilah kehidupan Danial Wolfgang dan Nur Atiqah di Stuttgart melalui gaya penceritaan Ruby Hazri yang tersendiri....

Stuttgart... di situ mereka ditemukan; pada saat putih salji yang jatuh menjadi saksi dan rasa yang bertunas tersimpan dalam-dalam. Benarkah daun-daun mapel masih belum berhenti berguguran? Masihkah ada waktu untuk mereka merasai hadirnya musim bunga? Sedangkan mereka masih jua menyendiri dan membawa jauh-jauh satu rasa itu. Duka lara tiba lebih dahulu sebelum segalanya terjadi. Mampukah badai meleraikan pautan hati yang seteguh gunung salju itu? Mungkinkah, kisah mereka bagaikan sungai-sungai yang pasti bersatu di muara?

*****

ISBN: 983-43217-0-8
Harga: RM21.00

relevan1

Disember 2006 - Relevankah Aku di Hatimu? ~ Rnysa

Relevankah Aku di Hatimu ~ Rnysa

Baca prolog

Syah: gadis unik yang terperangkap dalam dunia angan-angannya

Kaduk: 'si rambut perang' yang budiman bekas ketua pelajar yang terbilang

Mar Iskandar: lelaki warak penambat hati sukar didekati

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!

Salah diakah... kerana mengambil berat? Atau salah akukah... kerana dalam diam menyimpan harap?

*****

ISBN: 983-43217-1-6

Harga: RM20.00

 

 

5tahun-JS

Februari 2007 - 5 Tahun 5 Bulan ~ Hlovate

5 Tahun 5 Bulan ~ Hlovate

Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.

Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....

*****

ISBN: 978-983-43217-2-7
Harga: RM20.00

sigaraning-web

April 2009 - Sigaraning ~ Imaen


Sigaraning - Imaen

Baca prolog

Kami hanya dua jiwa yang terpapas ketika menunggu kereta api, di sebuah halte kehidupan. Aku lelaki yang akan menaiki kereta api siang, dan dia pula perempuan yang telah membeli tiket kereta api malam. Perjalanan satu hala: kami sendiri tidak tahu ke mana destinasinya. Perkongsian yang kami panggil ‘cinta’ itu, sebenarnya hanyalah saling berpandangan melalui tingkap cermin; saling melambai tangan dan bertukar senyum. Kemudian ketika peluit berbunyi, baru aku sedar realitinya: kereta apiku mula bergerak, kami semakin berjarak. Hanya bayangannya yang melekat di cermin jendela. Kami semakin menjauh. Hanya senyum manisnya masih terlekat di jendela hati.

aku bukannya muncikari yang menjual jiwa kepada iblis untuk hidup mewah

Apa yang nak dibuat, sekiranya terjumpa duit RM2 juta dan tas ‘harta berharga’? Terhormatkah untuk ‘dipinjam’ sebentar, dengan niat akan memulangkannya kemudian nanti?

Kasihan Ali Imran, tauke Pasar Mini MusliMart yang diburu gengster kiri dan kanan... gara-gara ‘pinjaman’ tidak sengajanya itu. Pada waktu terdesak, tiada yang dapat menolong selain daripada Dia!
* * * *
IMAEN menulis untuk mereka yang sedia berkongsi falsafah rasa. IMAEN menulis untuk anda, yang menanti karya thriller dalam bahasa nan indah.

ISBN: 978-967-5118-13-5
Harga:
RM20.00

Page 35 of 40