Terima kasih dan Selamat Tinggal

Assalamualaikum,

Jemari Seni Sdn Bhd dan JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn Bhd akan menghentikan operasi bermula 22 Dis 2018. Terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Kami mohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan. Sila ke Facebook Jemari Seni untuk sebarang pertanyaan atau berita terkini. Terima kasih.

Jemari Seni

Poster Web JS 2 1

Terima Kasih

Web Terima Kasih

 
 
 
 
 
 

Jemari Seni Sdn. Bhd.

COVER-Kristal-web

Ogos 2010 - 2: Kristal Kristal ~ Misdhiaz

Baca prolog

Someone!

Someone tu siapa?

Someone to love... is DR Luv...

 

Kasih Iris Arshad!

Nama itu terlalu istimewa; buat dia nanar suatu waktu dulu! Lalu nota-nota perak dia titipkan buat  memecah 'rasa' si gadis. Momen indah itu selayaknya tercipta dengan kelainan yang abadi. Biarpun si gadis tidak mampu untuk dimiliki.

Silapnya dia terlalu bergantung pada naluri. Silapnya dia membiarkan gadisnya terus meneka dalam kesamaran. Masihkah ada sisa waktu untuk mereka?

Aduhai hati,

Murahkah cintanya selama ini, miskinkah sayangnya pada dia. Atau dia sudah lelah menunggu? Lalu, akhirnya dia harus bagaimana?

DR Luv...

Suka itu tak semestinya cinta. Sayang itu tak semestinya kasih. Kepastian adalah tunggak segala penantian. Aku sedia menunggumu sehingga terbuka kata. Kalau cinta, lafazkanlah!

Kristal. Kristal.

masih bergaung dalam hiba

saat mencari suatu petanda untuk bahagia

Kenapa dia harus suka dalam duka?

* * *

MISDHIAZ membongkar cinta daripada sanggar hatinya. MISDHIAZ membiarkan Kasih Iris mencorakkan dan mewarnakan Kristal Kristal mengikut gerak hati seorang perempuan yang ditinggalkan.

ISBN: 978-967-5118-45-6
Harga: RM17.00 (Sem. M'sia)/RM20.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai
27 Ogos 2010.
COVER-ASM

Ogos 2010 -1: Antara Safa dan Marwah ~ Ismad Astar

Baca bab pertama

usah diulang cerita lama, usah dituil keruping luka, usah dipaksa hati yang parah berdarah kembali

Ini kisah teganya hati seorang ibu meninggalkan anak yang baru berusia enam bulan; dan teguhnya hati sang anak mencari umi yang menghilang itu.

Kenapa ya sejak akhir-akhir ini hati semakin kerap dioles rindu pada umi? Mungkin sebab dia berada jauh dari Jeddah. Atau Masjidilharam tidak sedekat dulu untuk dijadikan tempat menenteramkan jiwa. Atau umi sudah terlalu hampir sehingga baunya boleh dihidu oleh panca keenamnya?

Di mana nak dicari di Malaysia ini, seorang wanita bermata biru-hijau dan berumur sekitar lima puluh tahun.  Ah, dia rindu sangat pada umi.

Ini cerita seorang perempuan yang terpaksa membuat pilihan hati – Muaz yang disukai ayahnya, Faisal lelaki berambut perang yang dulunya membenci kaum Hawa atau Hizbul yang pernah melukakannya tapi kini kembali menagih hatinya. Dia buntu!

* * * *

ISMAD ASTAR mengajak pembacanya ‘berhijrah’ untuk kehidupan yang lebih bermakna. Antara Safa dan Marwah memperlihatkan kasihnya ayah juga membawa ke syurga.

ISBN: 978-967-5118-43-2
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 10 Ogos 2010.

CoverTejaAulia-web

Julai 2010-1: Untuk Awak Teja Aulia ~ Syud

Baca bab awal

dalam benakku, lama tertanam
sejuta bayangan dirimu

Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!

I

“Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri."
“Siapa? Pacai?” balas mak, sarkastik. Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.
“Kalau Pacai tu perempuan, dah lama mak suruh kau orang berdua kahwin.”
Tawa Adil pecah.
“Anak Cik Fizah...” kata mak lagi.
“Makkk...” Adil mula memprotes, “Nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak memandai apa-apa.”
“Iya...
tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?” ugut mak.

Hatinya sudah terlanjur ‘tergelincir’ pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa

II

Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu ‘dihibakan’ apabila Adil guna kata ganti diri ‘saya’. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?

Adil hanya akan sebut ‘saya’ pada perempuan yang dia ‘tak berapa kenal’; ‘tak berapa biasa’; ‘tak berapa sayang’. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!

Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi

* * * *

SYUD menulis ceritanya seperti ‘melukis’. Tulisannya berwarna-warni bak pelangi. Susuri persahabatan bertukar cinta dalam Untuk Awak Teja Aulia. Tentulah karya SYUD ini sebuah ‘lukisan’ yang cantik sekali!

ISBN: 978-967-5118-35-7
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
seikat_kembang_merah

Jun 2010-2: Seikat Kembang Merah ~ Imaen

Baca prolog

Lalu siapakah harus dipilih kalau di sana cantik di sini menawan?

Ketika aku melangkah keluar, ada yang tertinggal di sini; angan-angan, harapan dan seluruh hati. Sebagai gantinya aku membawa bersama wajahnya, dan rindu padanya – Nur Tahani gadis bertudung labuh.

Aku memang telah jatuh cinta pada dia. ‘Bidadari’, versi dunia atau akhirat seperti dia hanya layak digandingkan dengan orang beriman.

Bagaimana mungkin perempuan cantik, berprofil tinggi dan terlahir dalam gedung Gucci seperti Nina mahukan aku? Dia hanya layak bersanding dengan lelaki kategori ‘arreviste-hooray henry’. Sedangkan aku hanya lelaki terbuang. Kelas kambing! Paria! Dalit!

Benarkah, kalaulah cantik itu pintu kepada cinta, setiap lelaki kena bertapa dalam gua dan jalan pejam mata?

Lalu aku melambung dadu terakhir. Kalau aku kalah sekalipun, aku sudah tiada apa-apa lagi untuk rugi. Sama ada aku lambung atau tidak dadu itu, aku tetap merana; merindukannya separuh mati dan mencintainya seumur hidup.

* * * *

Terimalah Seikat Kembang Merah daripada IMAEN; yang tetap menulis novel action-romantic, tetapi kali ini nadanya berbeza.

ISBN: 978-967-5118-41-8
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Melur

Jun 2010-1: Melur Bunga Ivy ~ Nazurah Aishah

Baca prolog

Loving an Ivy

Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.

Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.

Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?

Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?

* * *

NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida untuk belajar menggubah bunga di Loving an Ivy, sambil ‘sertai’ babak cemas yang penuh emosi di situ.

Sebuah kisah cinta sewangi melur!

ISBN: 978-967-5118-42-5
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Page 32 of 40