2010

Pesta Buku Kanak-kanak 2010

Jemput datang ke Pesta Buku Kanak-kanak 2010 yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur pada 22 ~ 26 Disember 2010. Dapatkan novel-novel terbaharu JS Adiwarna di gerai Jemari Seni (A64) dengan harga istimewa. Temui penulis-penulis dan sertai aktiviti menarik untuk adik-adik di gerai kami. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi penulis Buku Orang Muda (BOM), datanglah ke klinik penulisan di gerai JS.

Lihat jadual penulis dan klinik penulisan di sini.

Kakak-kakak yang baik menunggu adik-adik di sana Smile.

Tawaran Istimewa Hujung Tahun

Diskaun 30% untuk semua NOVEL UMUM terbitan Jemari Seni mulai 1 ~ 31 Disember 2010.
Tawaran untuk pembelian online, melalui pos atau datang sendiri ke premis JS sahaja.
Pesanan dan pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh tersebut.

Selamat memilih, membeli dan membaca Smile

Pemberitahuan Baharu

Memandangkan pihak Pos Malaysia tidak mahu bertanggungjawab di atas kehilangan kiriman yang menggunakan setem sahaja dan pihak Pos juga mencadangkan kiriman dibuat dengan Pos Daftar, untuk pesanan mulai 30 Julai 2010, kaedah penghantaran pesanan online ialah melalui Pos Daftar/Poslaju/Kurir sahaja mengikut pilihan pelanggan. Segala kesulitan amat dikesali.

Makluman Terkini

Dukacita dimaklumkan dengan kenaikan tarif baharu pos yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2010; Jemari Seni Publishing terpaksa membuat beberapa perubahan dalam pembelian online atau pembelian secara pos.

Untuk mengurangkan bebanan pos yang ditanggung oleh pembeli, JS memberi diskaun sebanyak 20% untuk semua buku terbitan Jemari Seni Publishing. Namun mulai 6 Julai 2010 kos penghantaran ditanggung oleh pembeli.

Klik di sini untuk memilih kaedah dan kos penghantaran baharu. Sila nyatakan (dalam pesanan atau bukti pembayaran)

  1. pilihan hantaran
  2. jumlah wang yang ditambah dalam pesanan

Tarif ini mungkin berubah mengikut tarif perubahan Pos Malaysia dari semasa ke semasa. Kami akan maklumkan sebarang perubahan.

Segala kesulitan amat dikesali.

You are here: Buletin 2010