Jemari Seni

Poster Web JS 2 1

 
 
 
 
You are here:: Beli Online Cara membuat pesanan (bergambar)
 
 

Utama

Carta Organisasi

Klik di sini untuk melihat carta yang lebih besar.

weborgupdate 0715

Cara membuat pesanan (bergambar)

1. 1
2. 2
3. 3
4. 4
5. 5
6. 6
7. 7
8. 8
9. 9
10. 10
11. 11
12. 12

Visi dan Misi

Visi (Wawasan)

  1. Menjadi syarikat penerbitan yang berurus niaga secara Islam dari segi syariat dan pelaksanaannya.
  2. Menjadi penerbit yang disegani dalam dunia buku di Malaysia dan Asia Tenggara.

Misi

  1. Menerbitkan hanya karya yang baik dan bermutu serta yang dapat membentuk sahsiah pembaca.
  2. Menerapkan susila yang terpuji dengan cara memilih hanya manuskrip yang menyeru ke arah kebaikan.
  3. Menerbitkan novel yang berinformasi dalam pelbagai genre.

Menerbitkan Novel Bersahsiah Sejak 2006

FAQ - Soalan Lazim

  1. Saya nak beli novel Jemari Seni (JS), tapi tak tahu macam mana nak beli?
    Boleh lihat di menu Beli Online untuk cara-cara belian buku. 
  2.  Saya tak boleh nak log in, saya lupa ‘user name’ dan ‘password’.   
    Boleh telefon kami di talian 03-87502434 untuk kita ‘resetkan password’ serta daftar semula. 
  3.  Macam mana ‘add to cart’?
    Klik pada jenis novel yang diingini di bawah ‘Pesanan Online’, senarai novel dan ikon ‘add to cart’ akan terpapar. 
  4.  Saya ‘order’ buku sebanyak 12 buah tapi saya tak boleh teruskan ‘order’ saya, kenapa ya?
    Maksimum 10 buah buku untuk satu pesanan untuk memudahkan kiraan harga pos. Untuk pesanan yang lebih daripada 10 buah buku, sila buat pesanan lain. 
  5. Macam mana saya nak tau jumlah yang perlu dibayar?
    Jumlah bayaran akan diberitahu di akhir proses ‘order’. 
  6.  Macam mana saya nak tau bayaran yang saya buat dah diterima oleh Jemari Seni?
    Kami akan update ‘confirm’ jika sudah menerima bayaran. 
  7. Saya dah bayar tapi saya tak e-mel bukti pembayaran.
    Pembeli dinasihatkan menghantar bukti pembayaran untuk kelancaran penghantaran buku sama ada melalui e-mel, faks atau pos slip bayaran. 
  8. Bagaimana saya ingin menukarcara pembayaran?
    Sila e-mel semula ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk penukaran cara pembayaran dan nyatakan nombor pesanan. 
  9. Bagaimana saya ingin mendapatkan nombor akaun jemari Seni?
    Nombor akaun Jemari Seni boleh lihat di menu Beli Online atau di laman sesawang Jemari Seni
    . 
  10. Saya menggunakan kaedah pembayaran Maybank2u/Cimbclick/Bankislam.biz, adakah saya perlu e-melkan bukti pembayaran?
    Sekiranya semasa pembayaran dah letak e-mel ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it , tidak perlu lagi menghantar e-mel
    . 
  11. Saya bayar melalui mesin ATM/ resit, tapi saya tak ada faks/scan, macam mana?
    Boleh ambil gambar dan e-mel kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dan nyatakan nombor pesanan. 
  12. Saya beli buku melalui kiriman wang pos. Kalau saya terlebih bayar adakah wang baki saya di kembalikan?
    Kami akan pulangkan baki sekali dengan penghantaran buku. 
  13. Kenapa ‘order’ saya ‘still pending’, saya dah bayar pada hari Sabtu?
    Kami akan ‘update’ status pesanan waktu hari bekerja. 
  14. Saya beli online. Berapa lamakah buku saya akan sampai?
    Pos Malaysia: tempoh penghantaran Pos Daftar ialah 3-14 hari bekerja. Poslaju/ kurir ialah 1-2 hari bekerja. 
  15. Saya tak terima buku lagi, kenapa ya?
    Tempoh penerimaan buku adalah 14 hari bekerja untuk Pos Daftar. 
  16. Bila ya penghantaran novel akan dibuat?
    Kami akan pos buku setelah menerima bukti bayaran penuh. 
  17. Macam mana nak tau JS dah pos buku?
    Kami akan e-mel kepada saudari status pesanan ‘shipped’. 
  18. Saya tak terima buku tapi JS kata dipulangkan semula pada mereka. Kenapa?
    Buku yang tak dituntut dalam tempoh 14 hari akan dipulangkan semula ke Jemari Seni. Pembeli dinasihatkan minta ‘track number’ untuk semakan di pejabat pos berdekatan.
  19. Saya beli novel JS di kedai, saya dapati ada muka surat hilang, bagaimana ya?
    Kami akan gantikan dengan buku baharu. Sila e-mel kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .
  20. Di kedai mana saya boleh dapatkan buku JS?
    Boleh didapati di kedai-kedai buku di Malaysia, Singapura dan Brunei. Kami akan kemas kini nama-nama kedai di laman sesawang sedikit masa lagi. 
  21. Saya beli buku 5 Tahun 5 Bulan tapi saya dapat penanda buku aA+bB. Bolehkah saya menukarnya?
    Boleh. E-mel kepada kami nama, alamat serta nombor telefon untuk penukaran.
  22. Saya nak tanya, boleh ke saya hantar manuskrip ke JS, bagaimana ya?
    Saudari boleh lihat Panduan Penulis di laman sesawang JS.
    Novel umum: Laman JS Novel, menu Karya -> Panduan Penulis -> Novel Umum.
    JS Adiwarna: Laman JS Adiwarna, menu Karya -> Panduan Penulis -> Si Manis 17 atau Novel BOM.
     
  23. Jika saya datang ke ofis JS untuk beli buku, dapat potongan tak?
    Boleh datang terus ke ofis Jemari Seni (waktu bekerja) dan ada potongan 20%.
  24. Bilakah waktu operasi JS?
    Isnin sehingga Jumaat: 8.30pagi-6petang
    Sabtu: 9 pagi-1 petang
  25. Bagaimana kalau tidak sampai selepas 14 hari?
    Boleh telefon JS di 03-87502434, e-mel atau faks dengan memberi nama dan rujukan pesanan belian.
  26. Adakah JS menerbitkan cerpen?
    Buat masa ni, tidak. Kami akan umumkan di laman sesawang Jemari Seni untuk sebarang maklumat terkini.

Inilah Jemari Seni...

Latar Belakang

JEMARI SENI PUBLISHING memulakan operasi penerbitan buku di Malaysia, apabila novel Percayalah.. karya sulung penulis baharu Ruby Hazri diterbitkan pada 6 Oktober 2006. Sebagai sebuah syarikat kecil yang ingin sama-sama mewarnai dunia penerbitan, novel Percayalah... ini memberi ruang kepada pembaca untuk ‘percaya’ kepada produk Jemari Seni Publishing. Kejayaan kecil ini telah melonjak semangat kedua-dua pengasas syarikat ini: yang sama-sama memiliki hobi membaca buku cerita. 

Idea untuk menubuhkan syarikat penerbitan ini bermula, apabila Noor Suraya merungut yang novel kanak-kanaknya, perlu ditambah halaman sebagai prasyarat untuk diterbitkan. Sekadar suka-suka, Noor Suraya berkata dia terasa ingin menerbitkan novel kanak-kanaknya sendiri. Sebagai sahabat yang menadah telinga, Mariah mengemukakan usul, jomlah kita terbitkan cerita tu sendiri!  Bertitik tolak dari situlah, sebuah impian akhirnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah. 

Noor Suraya – Mariah mula mengatur strategi dalam diam-diam. Dalam sibuk-sibuk mengurus pekerjaan seharian, banyak yang mereka telah usahakan. Kedua sahabat ini mula mengumpul maklumat, mencari penulis dan mengumpul dana. Tidak sangka akhirnya, Jemari Seni Publishing berjaya didaftarkan pada Februari 2006. Namun begitu idea untuk menerbitkan cerita kanak-kanak disimpan dulu, kerana hati sudah tergoda untuk menerbitkan novel umum sahaja, sebagai produk permulaan syarikat ini. Alhamdulillah, ramai pula teman-teman yang sudi menghulurkan buah fikiran dan maklumat mengenai penerbitan serta mempromosi syarikat setahun jagung ini. 

Kenapa memilih nama Jemari Seni?

Mencari nama syarikat adalah suatu yang amat sukar. Memilih nama yang paling sesuai, sukarnya bagaikan memilih nama untuk anak sulung tujuh keturunan. Ya lah, kerana kita bagaikan ada sebegitu banyak senarai nama yang kita sukai. Namun kita tidak pasti keserasiannya. Begitulah yang terjadi. Syarikat ini harus mempunyai nama yang ada nilai komersial; senang diingati; terselit nilai-nilai seni selaras penampilan produknya; namanya mampu berdiri sendiri apabila dipasarkan; mestilah berbeza namanya dengan syarikat-syarikat penerbitan yang sedia ada dan yang paling penting namanya unik.  

Lalu? Kata ‘jemari’ disarankan oleh seorang sahabat yang lain. Nama yang tercetus dan diubahsuai dari novel kedua Noor Suraya, Tanah Andriyana. Sementara perkataan ‘seni’ sememangnya sedari awal telah menjadi pilihan kedua-dua sahabat ini. Justeru kedua-dua kata ini dicantumkan untuk menjadi satu konotasi yang begitu mendalam maksudnya. Selaras dengan namanya yang sebegitu, Jemari Seni cuba membentuk identitinya sebagai home made ‘books’.  Seperti seorang ibu yang mengasuh anak-anaknya dengan tangan dan kudratnya sendiri... itulah yang kita cuba aplikasikan di Jemari Seni dalam menangani karya-karya yang diamanahkan. 

Jemari Seni berhasrat menjadi wadah untuk memupuk minat membaca dalam masyarakat dan seterusnya mencetuskan pemikiran yang positif kepada pembaca. Oleh itu sejak awal lagi, karya-karya dengan idea yang segar dan mempunyai nilai-nilai moral yang cemerlang... dan karya yang menjadikan Islam sebagai suatu cara hidup menjadi keutamaan di Jemari Seni. Pemilihan karya disaring oleh sekumpulan panel penilai yang terpilih: mewakili kumpulan pembaca di alam sebenar. Penilaian ini dibuat dalam dua peringkat untuk memastikan sesebuah manuskrip sesuai dan selaras dengan konsep serta matlamat Jemari Seni iaitu menerbitkan novel bersahsiah, sesuai untuk bacaan anak remaja dan golongan dewasa.

Pada peringkat permulaan sehinggalah ke peringkat memasarkan novel, sesebuah manuskrip dikawal selia dengan teliti dan cermat. Konsep SENI yang disematkan pada nama syarikat ini dapat ditonjolkan dengan berkesan, melalui luahan rasa pada sampul kulitnya dan karya rasa pada cerita penulis.  

Di Jemari Seni penulis diberi peluang untuk sama-sama ‘melahirkan’ karyanya. Mereka dibenarkan menyediakan blurb dan caption, yang kemudiannya perenggan ini akan diperhalusi di bahagian editorial. Jemari Seni mengalu-alukan judul novel yang menarik dan kreatif, sebagai tiket untuk kelainannya.

Penyuntingan, letak atur (tipografi) dan membaca pruf dibuat secara in-house untuk menjaga kualiti dan ketelusan manuskrip. Kami di Jemari Seni menjaga karya penulis bagaikan menjaga 'anak sendiri'. Kami berusaha untuk mengujudkan hubungan yang rapat antara penulis-penerbit. Di Jemari Seni, kami berhasrat untuk melahirkan rasa kekeluargaan antara penulis dan penerbit dengan sempurna. Dan rasa kekeluargaan ini diperpanjang lagi kepada pembaca yang sentiasa menjadi keutamaan kami. Jemari Seni ingin berada dekat di hati dengan pembacanya.    

Bermula dengan Percayalah... dan Relevankah Aku di Hatimu? pada tahun 2006, kemudiannya diikuti dengan 5 Tahun 5 Bulan, Surat Ungu untuk Nuha, Gurindam Jiwa dan Labyrinth pada tahun 2007, Jemari Seni Publishing telah menamatkan sasaran 6 buah novel untuk tahun pertama dengan jayanya, alhamdulillah.

Selaras dengan kemajuan syarikat, mulai Januari 2011, Jemari Seni Publishing sudah menjadi Jemari Seni Sdn. Bhd. Kini Jemari Seni menerbitkan tidak kurang daripada 22 buah novel umum setahun. Pada sesiapa yang ingin berkongsi kelainan, bacalah Jemari Seni. Penulis kami menulis dengan mata hati, semoga cerita mereka juga tersemat dari mata turun ke hati. Semoga mendapat manfaat dan berkat daripada-Nya. Terima kasih kerana menyokong Jemari Seni sejak dari awal. 

Tautan Jemari Sebarkan Seni

More Articles...

Page 1 of 2

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  Next 
  •  End 
  • »