Januari 2010
|
Rumput Masih Hijau ~ Iman Xara Mulai 25 Januari 2010 |
|
|
|
tidak pernah malam itu berpanjangan tidak juga siang itu hadir tanpa penghujung
Satu demi satu lelaki yang dia kenal selepas Ikram tidak pernah diizinkan bertamu di hati, sehinggalah Naim menjadi ‘tawanan’ kalbunya. Sejak awal, kenapa tidak Adam Ashraf yang menjadi pilihan? Kenapa Doktor Safuan sentiasa dipandangnya sepi tanpa rasa? Bukankah mudah memilih yang masih bujang, daripada memilih ‘bekas’ orang? Apatah lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai ‘ibu segera’! Perempuan berhati konkrit ke dia, untuk tidak memahami kerlingan Safuan mahupun senyuman Adam. Kenapa hanya lelaki beranak satu itu yang dia suka? Malu, kan sesudah berkata ‘ya’ pada pinangan ibu si dia, sedangkan si dia pandang sebelah mata kepadanya pun tidak. Tiada sesiapakah yang simpati pada perempuan yatim piatu sepertinya ini tatkala pilu melanda bertimpa-timpa? Wafa, bukankah rumput itu hijau di mana-mana, kenapa harus memandang pada padang yang sudah dimiliki orang lain? * * * *
Bacalah rahsia rasa sanubari Wafa daripada pena IMAN XARA dan tanya pada hati sendiri... benarkah Rumput Masih Hijau di mana-mana? |
| ISBN: 978-967-5118-32-6 Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak) |
|
|
|
Nama Atas Kertas ~ Nasron Sira Rahim Mulai 15 Januari 2010 |
|
|
|
Sebuah karya thriller yang penuh dengan teka-teki daripada: NASRON SIRA RAHIM...
Engkau tidak dapat melihat aku, tapi aku sentiasa wujud; Engkau boleh bersembunyi di mana saja, tapi aku akan tetap menjumpaimu; Engkau boleh menentang aku sehabis upaya, tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku; Siapakah aku? |
|
Apa tip yang ada? “Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…” |
|
TAWARAN Sekiranya anda memiliki IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. Bacalah Nama Atas Kertas sebagai petunjuk: dan selesaikannya. |
|
ISBN: 978-967-5118-29-6 |
-
|Registered |2010-03-02 11:10:48 cikTmasa mula2 baca mcm bosan
,sbb xpernah bace thriller novel,tapi for the second part rase seronok sbb nk tau sape sebnrnye pembunuh tue,sure i akan beli 'enigma' lps nie
)...seronok jugak bace novel thriller
best of luck from me to nasron sira rahim
-
|Registered |2010-02-10 22:03:04 intan_ayabest x citer nie.... ape genre citer nie...romantik komedi ke???? kalu cdih2 n byk konflik x lynlah..
mls nak serabutkan kepala bace...
-
|Registered |2010-01-19 13:06:00 Hidayahusin - Dh order..Hai..
ari 2 dh order tp x dpt ag..
Brapa lama tempoh penghantaran yek??
dh check status : shipped (kira dlm proses penghantaran ker)??
-
|Registered |2009-12-30 18:34:57 dai_hee - bestnyer...!!!huhu..bestnye novel br,,tp kne thn bli dulu,,kne spm,,waa...!!!
-
|Registered |2010-02-14 00:18:44 izz hanisahhaha... tahu tak pe... tapi bila dah tension2... baca je le..hehe
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|









