COVER-samudera

Ibarat setianya Ali pada Fatimah

Ibarat kasihnya Muhammmad pada Khadijah

Itulah yang Yasmin Nur Raihan impikan dalam perkahwinannya bersama Amru walau ikatan mereka diatur keluarga. Yasmin berharap Amru menjadi pendampingnya dunia akhirat. Pada Yasmin cinta kasih dan sayang mampu disemai dipupuk. Berbeza bagi Leftenan Komander Amru Iskandar, hakikat jodohnya bersama Yasmin sukar diterima. Lantas diletakkannya syarat pada malam pertama mereka. Yasmin akur malah bersyukur. Padanya Amru bagai seorang sahabat baik yang baru dikenalinya.

Segalanya berubah apabila Yasmin menapak buat kali pertama bercuti ke rumah Amru di Lumut. Entah bila pula timbulnya rasa rindu dan sayang di hati Amru; sikap dan kelembutan Yasmin telah mengikat hati Amru pada wanita itu. Belum sempat diluahkan rasa hati, segalanya bertukar tragedi apabila Leftenan Maya Athira hadir antara mereka. Tidak seperti perempuan yang suka menyerah, Yasmin nekad mempertahankan rumah tangganya. Tetapi Amru... bagaimana?

Samudera itu indah... sepertimana indahnya cinta yang kita kemudi... ~ Amru Iskandar.

* * * *

Nukilan pertama Mazni Darwisya – Samudera Indah Nian – berlatarbelakangkan Pangkalan TLDM Lumut. Kuatkah Yasmin pabila dilambung samudera hati...? Berjayakah Amru mengemudi bahteranya? Biarlah Mazni Darwisya yang menjawabnya!


ISBN: 978-967-5118-28-9
Harga: RM18.00
Harga pembelian melalui pos: RM16.00 (mulai 14 Nov 2009)
Comments (17)
  • Aulia Imani
    best juga cerita ni...
  • MIELLA  - best sgt2 tahniah
    tahniah..cerita ni best sangat sampai baca x bleh nak benti..memang tersentuh baca cerita ni,sweet jer..1 ari jer baca dah abis.harap lepas ni dapat buat cerita2 yang menarik macam yg pertama ni.latar cerita pun sangat menarik
  • zaliahezlin
    Dah beli & dah baca.. mmg best.. berbaloi-baloi
  • asyriqa
    Salam.. kak dah baca cite ni..best berbaloi beli tau tapi tak puas la...lenkali buat lagi cite best2 n tebal2 sket.. kak tetap setia menunggu karya terbaru.
  • Layyinul Harir
    penulis ad blog x??
    cam yg laen..
  • JS admin
    Blog penulis masih dalam progress.
  • nawzi7  - tahniah...
    tahniah la kt penulis..
    besh sgt cite nie..
    intan abis bce dlm mse x smpai 6 jam..
    :love:
  • nienadia
    tahniah penulis. citer ni best sgt. tak sia2 sgla penat lelah dlm siapkn novel ni. :D
  • zainey
    :D dah blh order ke?
  • along81  - uawaaa lambatnye.........
    alaa...knp lambat sgt leh order ni???
    :?:
  • siti_bemine  - Tak ader
    Salam....
    kenapa try cari buku ni kat bookstore takder lagi.... dah la lbt boleh beli online
  • sha~sham
    waaa..apsl lmbt sgt bru boleh order on9
  • farahdiana
    kakak admin,xleh pesan lg ke buku ni :D
  • siti_bemine  - order
    Js, dah boleh order lum? tak sabar ni... :love:
  • minah81
    bila boleh beli ni, rasa mcm tak sabar nak baca. :)
  • tulip
    wah satu lg story yg bakal mengetarkan jiwa...huhuhu :love:
  • jidah
    Tak sabar la pulak nak baca cerita orang di samudera nie.... heronya ala2 gagah gitu. :love:
Only registered users can write comments!
 
Akan Datang
Ogos 2010

(Sempena Ramadan)

COVER-ASM

Siri Adiwarna
Untuk PBAKL 2010

COVER-GengODAH-web

RM12.00

COVER-MGngNuang-web

RM12.00

COVER-MRimbaMeranti-web

RM12.00
Mari Bersama Kami
Hubungi Kami
Address:
No.22, Jalan 4/7N,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA

Email: info@jemariseni.com
Telephone: 019-2795046 / 019-2624380
Fax: +603-89273967

Developed by: MUS Unlimited.com