Mac 2010-2: Yuda di Padang Maya ~ Xarine
|
|
|
... tiada manusia yang berseorangan ... Cinta ini menolak hukum alam. Seperti cuba mencampurkan air dengan minyak, mempersahabatkan malaikat dengan syaitan, menyatukan kehidupan dan kematian. Cinta ini cinta yang mustahil. “Puteri Silfia... kita hamba Tuhan yang sama tetapi dunia kita berbeza...” Azmi merenung mata puteri kayangan di depannya. Di mata Azmi, Silfia amat cantik. Meski bersayap dan bertanduk kecil. Sampai ke tahap manakah seseorang sanggup berkorban untuk cinta? Sesetengah orang mungkin sanggup kehilangan segala-galanya untuk cinta. Dan mungkin ada yang sanggup merenangi lautan api untuk cinta. Tapi berapa ramai yang sanggup berkelana ke dunia dimensi lain demi cinta? Untuk cinta Azmi sanggup ke dunia jin! Kerana persahabatan pula tiga siswa USM sanggup ke sana untuk menyelamatkan Azmi dan terperangkap di medan yuda! Tapi bagaimanakah kesudahan perang antara dua bangsa jin itu? * * * Sebuah roman percintaan luar biasa, dipersembahkan dengan cara yang tersendiri oleh XARINE! |
| ISBN: 978-967-5118-36-4 Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak) |
-
|Registered |2010-04-29 18:21:31 shadelina - yuda di padang mayaselepas baca buku ni, saya takut bersendirian, nak pergi toilet pun kena ada teman. Saya dah tak percaya orang yang diam-diam , takut bukan orang! Siapa tahu, saya bukan bersendirian lagi? Terima kasih Xarine, cos you have made me gone crazy!
-
|58.26.20.xxx |2010-03-08 11:18:32 XarineHaha. Siapa lagi nak promotkan kalau bukan sy sendiri. alang2 ada ruang komen ni kan. ;p
-
|58.26.20.xxx |2010-03-05 11:16:57 XarinePenulisan saya kali ini sedikit berlainan daripada BBKS. Novel kali ini ditulis dengan 'fast pace', dalam kiraan minit, jam dan hari.
Unsur saspens akan membuatkan anda sukar bernafas. Dan gelagat yang kelakar akan imbangi ketegangan anda.
InsyaAllah, hasil ini yang terbaik pernah saya tulis, dan ia sebuah novel yang cukup lengkap.
Jumpa di PWTC nanti ya untuk kita bercerita lebih lanjut
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|








