Novel Umum
|
Judul: Percayalah
|
|
Judul: Relevankah Aku di Hatimu?
|
![]()
Indah, sudikah kau menemani hatiku, melayan sunyiku, mengubat resahku?
|
Judul: Surat Ungu untuk Nuha
kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku berbisiklah tentang rasaku yang satu serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku yang sedang jatuh hati kepadanya
Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspres Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu! http://www.noorsuraya.blogdrive.com |
|
Judul: 5 Tahun 5 Bulan
Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...
Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje. Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya.... http://www.hlovatulis.blogdrive.com |
|
Judul: Gurindam Jiwa
|
|
Judul: Labyrinth
|
![]() |
Judul: Zahrah de Tigris
|
![]() |
Judul: Kopi Susu Sepatu Biru Penulis: Ruby Hazri ISBN: 978-983-43217-8-9 Harga: RM21.00 Harga pembelian melalui pos: RM19
Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula. Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat! http://www.rubyhazri.blogdrive.com
|
![]() |
Judul: aA+bB cinta itu jatuh dari langit atau jatuh dari hati? - Addin Inilah... sebuah kisah perjalanan: perjalanan bersama masa. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia. Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A+B=Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah... Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? - Benz http://www.hlovatulis.blogdrive.com
|
![]() |
Judul: Persis Sebutir Pasir Penulis: Manjlara ISBN: 978-967-5118-04-3 Harga: RM22.00 Harga pembelian melalui pos: RM19 Widya: Inikah takdir yang diumpamakan sebagai 'sijil' buat Kasih? 'Sijil' yang tidak mungkin dipadamkan faktanya, ditokok atau ditambah isinya, Wan?
Irwan Zahir: http://www.manjlara01.blogspot.com
|
![]() |
Judul: Garis-garis Deja Vu Penulis: John Norafizan ISBN: 978-967-5118-00-5 Harga: RM22.00 Harga pembelian melalui pos: RM19 Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza. Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa. Dan satu takdir yang tersimpul mati! Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vu. Suatu pelarian tanpa noktah dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien. http://www.johnnorafizan.com |
![]() |
Judul: Lili Buat Najah Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.
Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah? Sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam! http://www.nazurah-nazurah.blogspot.com |
![]() |
Judul: Tentang... Dhiya Penulis: Syud ISBN: 978-967-5118-01-2 Harga: RM21.00 Harga pembelian melalui pos: RM19
Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi
|
![]() |
Judul: Bohemian Penulis: Imaen ISBN: 978-967-5118-03-6 Harga: RM20.00 Harga pembelian melalui pos: RM18 Aku Pemain muzik jalanan, melayari malaysiakini.com, merambu-rambu cari duit, pakai seluar bertampal di lutut, berambut panjang cecah bahu dan...
Dia Dia, yang dari hujung kaki hingga hujung rambut bukanlah perempuan yang aku mohon lewat doa-doaku kepada Tuhan. http://www.imaen.blogdrive.com
|
![]() |
Judul: Bila Nysrah Kata Tak Mahu Penulis: Aidil Khalid ISBN: 978-967-5118-05-0 Harga: RM18.00 Harga pembelian melalui pos: RM16 Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana! http://www.aidilkhalid.blogspot.com |
![]() |
Judul: [tunas] Penulis: Hlovate ISBN: 978-967-5118-06-7 Harga: RM21.00 Harga pembelian melalui pos: RM19
"Akak nak bunga apa? Sebut aje." Lee pula yang menyambung. http://www.hlovatulis.blogdrive.com |
![]() |
Judul: L.U.V.E Penulis: Pingu Toha ISBN: 978-967-5118-08-0 Harga: RM16.50 Harga pembelian melalui pos: RM15 The Love. The Other Girl. The Old Flame. The Other Guy Siapa yang harus dipilih? Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! Sama ada untuk memilih The Love atau The Other Girl ataupun The Old Flame. Semuanya membelit Uthman Huzir, dan memutarkan hidupnya 360° secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya! Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame... dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love. Lalu bagaimana? http://www.pingupunyakhutub.blogspot.com |
![]() |
Judul: Panggil Aku Dahlia Penulis: Noor Suraya ISBN: 978-967-5118-09-8 Harga: RM21.00 Harga pembelian melalui pos: RM19 Dahlia pulang ke Malaysia kerana ayahnya diserang strok. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya! Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya. Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar?http://www.noorsoraya.blogdrive.com |
![]() |
Judul: Kebun Mimpi Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa ISBN: 978-967-5118-10-4 Harga: RM21.50 Harga pembelian melalui pos: RM19 Tiga penulis wanita Jemari Seni Publishing berbicara tentang cinta dalam sebuah Kebun Mimpi... Ceritera I – Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain...? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu. Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan. Ceritera II – Tas Merah Jambu oleh Syud Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah. Jomlah sama-sama ikut SYUD membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...! Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa “Ya. Kalau sayapnya elok lagi, ‘dia’ boleh terbang...” balas Ehsan. Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa. Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah. |
![]() |
Judul: Novel untuk Asyikin Penulis: Ismad Astar ISBN: 978-967-5118-11-1 Harga: RM17.00 Harga pembelian melalui pos: RM15 “Bunga tu mekar dalam hati, tetapi cantik kelopaknya terletak di mata.” “Mata siapa?” Nurasyikin sudah tercium baunya, tetapi dia pura-pura masih tidak faham. “Di mata yang bercakap.” “Bunganya?”“Di depan, tetapi imejnya tersimpan di minda dan di hati.” Nurasyikin senyum nipis dan tawar. Menimbang bagaimana keadaannya kalau dia cakap ‘ya’ ataupun cakap ‘tidak’. Ada risiko bagi kedua-dua jawapan. Dia sudah berdepan dengan perkara ini berulang kali. “Beginilah, bunga perlu mengukur diri, bunga takut pada harapan taman yang meninggi gunung.” Madah dijawab dengan madah. Nurasyikin memandang tajam ke dalam mata dia yang sungguh-sungguh asyik menanti. “Wah, orang biotech pun sudah pandai bermadah! Padanlah orang sastera tak dapat kerja!” Mata mereka saling menatap. Sukarnya menjadi rama-rama yang bersayap cantik, ‘dia’ sering aja menjadi perhatian! http://alurilmu.blogdrive.com
|
![]() |
Judul: Tanya pada Hati Penulis: Iman Xara ISBN: 978-967-5118-14-2 Harga: RM20.00 Harga pembelian melalui pos: RM18
Kerjanya yang berdepan dengan angka-angka membuat dia terlupa pada ‘angkanya’ sendiri. Sedar-sedar umur sudah melangkah ke ambang 30-an!
Farisya Ibrahim! http://imanxara19.blogspot.com
|
![]() |
Judul: Rooftop Rant Penulis: Hlovate ISBN: 978-967-5118-07-4 Harga: RM21.00 Harga pembelian melalui pos: RM19
lontarkan
Mereka berbicara di atas bumbung
Dengarkan HLOVATE berbicara:
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa
ini cerita sebuah bicara http://hlovaterror.blogdrive.com
|
![]() |
Judul: Odisi Bulan Biru Penulis: John Norafizan ISBN: 978-967-5118-15-9 Harga: RM20.00 Harga pembelian melalui pos: RM18
JOHN NORAFIZAN kembali membawa anda mengembara bersamanya meneroka keindahan bumi Jepun dan Turki. JOHN NORAFIZAN kembali membawa anda mengembara bersamanya meneroka keindahan bumi Jepun dan Turki.Kata ibu, zaman dulu hanya perawan-perawan sahaja yang dibenarkan memetik bunga-bunga saf. Sekiranya jari mereka terluka, darah merah sang perawan akan menyerap masuk ke kelopak bunga kuning itu. Kononnya, darah inilah yang membuatkan kelopak-kelopak bunga saf bertukar merah apabila dijemur dan dikeringkan nanti! Kini ibu tiada lagi untuk bercerita. Ibu dan adiknya yang cacat mati lemas di Sungai Sorachi. Sedih dan sesal membalutinya sepanjang waktu. Mujurlah pertemuan dengan seorang darwis yang bijaksana mengubah seluruh hidupnya. Pertemuan yang memulakan sebuah pengembaraan mencari ayah yang bersedih, sekali gus dirinya sendiri. Dapatkah dia menemui apa yang dicarinya itu?http://www.johnnorafizan.com |
![]() |
Judul: Rahsia Hati Sofia Penulis: Nazurah Aishah ISBN: 978-967-5118-17-3 Harga: RM21.00 Harga pembelian melalui pos: RM19
sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah… Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa! Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu! Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal?
http://nazurah-nazurah.blogspot.com |
![]() |
Judul: Sigaraning Penulis: Imaen ISBN: 978-967-5118-17-3 Harga: RM20.00 Harga pembelian melalui pos: RM18 Kami hanya dua jiwa yang terpapas ketika menunggu kereta api, di sebuah halte kehidupan. Aku lelaki yang akan menaiki kereta api siang, dan dia pula perempuan yang telah membeli tiket kereta api malam. Perjalanan satu hala: kami sendiri tidak tahu ke mana destinasinya. Perkongsian yang kami panggil ‘cinta’ itu, sebenarnya hanyalah saling berpandangan melalui tingkap cermin; saling melambai tangan dan bertukar senyum. Kemudian ketika peluit berbunyi, baru aku sedar realitinya: kereta apiku mula bergerak, kami semakin berjarak. Hanya bayangannya yang melekat di cermin jendela. Kami semakin menjauh. Hanya senyum manisnya masih terlekat di jendela hati. aku bukannya muncikari yang menjual jiwa kepada iblis untuk hidup mewah Apa yang nak dibuat, sekiranya terjumpa duit RM2 juta dan tas ‘harta berharga’? Terhormatkah untuk ‘dipinjam’ sebentar, dengan niat akan memulangkannya kemudian nanti? Kasihan Ali Imran, tauke Pasar Mini MusliMart yang diburu gengster kiri dan kanan... gara-gara ‘pinjaman’ tidak sengajanya itu. Pada waktu terdesak, tiada yang dapat menolong selain daripada Dia!http://imaen.blogdrive.com |
![]() |
Judul: Teluki Itu untuk Aku Penulis: Nazawati ISBN: 978-967-5118-16-6 Harga: RM19.00 Harga pembelian melalui pos: RM17
perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa hentiTelah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?
Bahtera ini, arah kita tak serupa
http://lobakbiru.blogdrive.com |
|
Judul: Dame Zoete Sarah Penulis: Khairyn Othman ISBN: 978-967-5118-18-0 Harga: RM18.00 Harga pembelian melalui pos: RM16 dame zoete Sarah ialah si manis Sarah Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan. Terperangkap di tengah-tengah kemelut sindiket dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin.Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan penjahat, malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi semakin rumit, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa? Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada ‘Encik Selamat’, Interpol yang kerek! “Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu.”~ Salim http://bungatigris.blogspot.com |
![]() |
Judul: Bintang-bintang ke Syurga Penulis: Xarine ISBN: 978-967-5118-22-7 Harga: RM19.00 Harga pembelian melalui pos: RM17 Urusan ini perutusan cinta. Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. Urusan ini perutusan cinta. Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.Islam itu cinta. Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Dan setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka. Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah. Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu? |
![]() |
Judul: Pelangi Ceritera 1: Pelangi - Syud Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yang melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan? Ceritera 2: Ked's Story - Hlovate Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!
Ceritera 3: Rumah Kecil di Ujung Padang - Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu ‘berlari’ jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di hujung padang ini? |
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|































