Mac 2010-3: Bidadari Hujan ~ Noor Azzahra
|
|
|
Kasihan itu salah satu cabang cinta!
I Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran untuk pertama kali. Dia Bidadari Hujan yang memayungi aku dengan payung cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya. “Harap-harap esok pagi hujan lagi!” kataku sambil menghadiahinya senyum. Matanya memanah hatiku dengan busur arjuna. Lalu hari-hari selepas itu, aku bukannya lagi Raimy Haidar yang dulu.
II Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung. “Macam mana saya nak pulangkan?” Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku. Oh, dia bukannya Bidadari Hujan aku yang dahulu. Tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti. “Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah andai awak rasa mahu membuangnya.”
Apa jawab hati aku pada saat ini? * * * Tulisan NOOR AZZAHRA buat yang mahu mentafsir cinta dari sudut yang lain. Benarkah lelaki tidak halus hatinya dalam menzahirkan cinta? Bolehkah cinta datang buat kali keduanya? Tanyalah kepada Bidadari Hujan, biarkan dia yang menjawab semua persoalan anda itu! |
| ISBN: 978-967-5118-34-0 Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak) Dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa KL 19-28 Mac 2010 |
|
|
|
|
... tiada manusia yang berseorangan ... Cinta ini menolak hukum alam. Seperti cuba mencampurkan air dengan minyak, mempersahabatkan malaikat dengan syaitan, menyatukan kehidupan dan kematian. Cinta ini cinta yang mustahil. “Puteri Silfia... kita hamba Tuhan yang sama tetapi dunia kita berbeza...” Azmi merenung mata puteri kayangan di depannya. Di mata Azmi, Silfia amat cantik. Meski bersayap dan bertanduk kecil. Sampai ke tahap manakah seseorang sanggup berkorban untuk cinta? Sesetengah orang mungkin sanggup kehilangan segala-galanya untuk cinta. Dan mungkin ada yang sanggup merenangi lautan api untuk cinta. Tapi berapa ramai yang sanggup berkelana ke dunia dimensi lain demi cinta? Untuk cinta Azmi sanggup ke dunia jin! Kerana persahabatan pula tiga siswa USM sanggup ke sana untuk menyelamatkan Azmi dan terperangkap di medan yuda! Tapi bagaimanakah kesudahan perang antara dua bangsa jin itu? * * * Sebuah roman percintaan luar biasa, dipersembahkan dengan cara yang tersendiri oleh XARINE! |
| ISBN: 978-967-5118-36-4 Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak) Dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa KL 19-28 Mac 2010 |
Mac 2010 -1: Pada Angin Aku Berpesan ~ Adileah
|
|
|
Perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?
Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly! Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya? Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya. Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini? Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya. Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen? Bencikah ini...? Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya. Atau... cintakah itu? * * * *
Pada Angin Aku Berpesan memperlihatkan idea ADILEAH untuk mengungkap: “Aku benci kepadamu,” dengan caranya yang tersendiri. |
| ISBN: 978-967-5118-26-5 Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak) Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 5 Mac 2010) |
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010
|
19 - 28 Mac 2010 |
|
Kunjungi Gerai JS di D55-D57, Dewan Tun Razak 3, PWTC. Lokasi gerai di sini. Dapatkan buku-buku Jemari Seni dengan harga istimewa dan temui para penulis di gerai kami. Sila klik untuk lihat jadual kehadiran penulis di sini. Sebarang perubahan pada kehadiran penulis akan diumumkan dari semasa ke semasa. Kami menanti para pembaca budiman dengan pelbagai tawaran menarik di sana. |



















